Utusan Borneo (Sarawak)

Orang awam dinasihat jangan terperdaya sindiket ‘parcel scam’

-

SIBU: Orang awam diingatkan supaya tidak mudah percaya dengan janji kiriman hadiah satu sindiket melalui ‘parcel scam’ atau kiriman bungkusan, kata Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zailainni Amit.

Katanya, modus operandi penipuan yang juga lebih dikenali sebagai ‘parcel scam’ pernah didedahkan kepada umum sebelum ini namun masih ada yang terperdaya.

Katanya, sehingga September tahun ini sebanyak 13 kes penipuan kiriman bungkusan dengan kerugian keseluruha­n RM256,186 direkodkan di daerah ini.

“Mangsa kebanyakan­nya wanita berkenalan dengan suspek daripada laman sosial Facebook, dan laman sosial lain sebelum mereka menjalinka­n persahabat­an,” katanya dan menambah lingkungan umur mereka adalah antara 23 dan 64 tahun.

Jelasnya, apabila hubungan menjadi lebih akrab, kenalan atas talian sama ada lelaki atau wanita (suspek) akan berjanji untuk mengirimka­n hadiah sebagai tanda persahabat­an.

“Daripada itu, mangsa kemudian akan menerima panggilan daripada kastam atau syarikat kurier akan menyatakan bahawa ada bungkusan dari luar negara untuk mereka.

“Pemanggil akan meminta mereka untuk membayar cukai sebelum mereka boleh mengutip bungkusan itu. Biasanya, mangsa akan melakukan pembayaran tetapi mere- ka hanya menyedari mereka telah ditipu apabila pemanggil gagal dihubungi,” katanya.

Katanya, meskipun peringatan oleh polis dan media massa, namun masih ada terperdaya dengan modus operandi penipu atas talian berkenaan.

Zailanni mengulangi bahawa orang ramai dinasihat untuk mengabaika­n panggilan seumpamany­a dan adalah lebih wajar mereka merujuk kepada pihak pejabat Kastam yang terdekat terlebih dahulu.

“Seandainya ada terima panggilan menyatakan dari Kastam minta bayar cukai ke atas kiriman barang rujuk terus kepada Kastam atau abaikan terus panggilan itu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia