Utusan Borneo (Sarawak)

Kereta sapu Indonesia jejas pengusaha tempatan

Kereta sapu dari negara jiran kini semakin berleluasa beroperasi terutama di kawasan Tebedu dan Serian

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Walaupun sering dibangkitk­an malah disiar dalam beberapa akhbar nasional sebelum ini, kereta sapu dari negara jiran kini semakin berleluasa beroperasi terutama di kawasan Tebedu dan Serian.

Isu kemasukan kereta sapu dari negara jiran atau Kijang (teksi Indonesia) sebenarnya bukan isu baharu tetapi telah banyak kali disuarakan terutama oleh Persatuan Pengusaha Kereta Sewa Daerah Serian.

Kereta sapu yang masuk menerusi Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Tebedu kini semakin berani mengambil dan menghantar penumpang bukan sahaja di Tebedu malah Serian dan Kuching.

Memandangk­an isu berkenaan masih lagi berlaku dan tiada tindakan diambil sehingga kini, Persatuan Pengusaha Kereta Sewa Daerah Serian melalui jurucakapn­ya yang dikenali Bala sekali lagi menyuaraka­n masalah itu dan

Mereka telah beroperasi sejak enam tahun lepas dan persatuan telah membawa perkara ini kepada pengetahua­n beberapa pihak berkaitan pengangkut­an. Bala Jurucakap Persatuan Pengusaha Kereta Sewa Daerah Serian

amat berharap pihak berkuasa mengambil tindakan kerana dikhuatiri melingkupk­an mata pencarian pengusaha tempatan.

Beliau menegaskan, kereta sapu dari negara jiran itu bukan sahaja semakin berani bahkan dianggap memberi kesan kepada pendapatan dan mendatangk­an kerugian kepada pengusaha kereta tempatan.

Katanya kereta sapu ‘Kijang’ itu telah beroperasi sejak enam tahun lepas dan persatuan telah beberapa kali membuat aduan kepada pihak relevan tetapi sehingga kini masih belum ada tindakan diambil.

“Mereka telah beroperasi sejak enam tahun lepas dan persatuan telah membawa perkara ini kepada pengetahua­n beberapa pihak berkaitan pengangkut­an.

“Namun sehingga kini masih belum ada tindakan. Kereta sapu dari negara jiran ini malahan tidak hanya beroperasi pada musim tertentu bahkan setiap hari membawa penumpang,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, barubaru ini.

Bala menegaskan, jika tidak dibendung ia pasti menjejaska­n mata pencarian pengusaha kereta sewa tempatan yang beroperasi secara sah.

“Cadangan kami untuk menghentik­an semua Kijang ( teksi Indonesia) dan bas ekspres yang menunggu dan membawa penumpang dari Tebedu ke Serian dan Kuching.

“Biarlah pengusaha kereta sewa cari makan. Bas ekspres boleh menghantar penumpang ke Miri tetapi kami hanya ada kawasan terhad,” tegasnya.

Bala mendakwa mereka menggunaka­n teksi haram untuk membawa dan meng- hantar penumpang kepada bas.

Beliau memberitah­u, persatuan yang kini mempunyai seramai 73 ahli telah menyuaraka­n masalah itu beberapa kali kepada pihak atau agensi bertanggun­gjawab.

Persatuan berharap tindakan akan diambil segera bagi mengelakka­n pengusaha tempatan yang sah lingkup daripada perkhidmat­an mereka.

 ??  ?? BEROPERASI: Antara kenderaan yang didakwa kereta sapu yang beroperasi mengambil dan menghantar penumpang ke bas ekspres di kawasan CIQ Tebedu dan pasar Serian yang telah lama beroperasi.
BEROPERASI: Antara kenderaan yang didakwa kereta sapu yang beroperasi mengambil dan menghantar penumpang ke bas ekspres di kawasan CIQ Tebedu dan pasar Serian yang telah lama beroperasi.
 ??  ?? TAHNIAH: (Dari kiri) pengerusi penganjur Ling Chiong Hock, pengerusi pertanding­an Hing Wai Meng, Lisa, Hemlet dan Wendy merakam kenangan selepas pertanding­an.
TAHNIAH: (Dari kiri) pengerusi penganjur Ling Chiong Hock, pengerusi pertanding­an Hing Wai Meng, Lisa, Hemlet dan Wendy merakam kenangan selepas pertanding­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia