Utusan Borneo (Sarawak)

Lisa Chee dinobat Pemidato Humor Bahasa Inggeris Toastmaste­rs

-

BINTULU: Lisa Chee daripada Kelab Pemidato Bintulu dinobat sebagai Pemidato Humor Bahasa Inggeris Pertanding­an Pidato Penilaian dan Humor Toastmaste­rs Kawasan E3 di sini baru-baru ini.

Manakala naib johan kategori sama disandang Hemlet Kiai daripada Kelab Toastmaste­rs Kidurong.

Johan kategori Pemidato Penilaian pula disandang Hemlet Kiai dan naib johan Lisa Chee.

Bagi Pemidato Humor Bahasa Mandarin, johan disandang Joseph Tiong (Foochow Bintulu Toastmaste­rs), naib johan Toh Ting Jing (Foochow Bintulu Toastmaste­rs) dan ketiga Vincent Wong Chii Liang (Mandarin Bintulu Toastmaste­rs).

Johan Pemidato Penilaian Bahasa Mandarin pula disandang Patrick Liw (Mandarin Bintulu Toastmaste­rs), naib johan Toh Ting Jing dan ketiga Joseph Tiong yang masing-masing daripada Foochow Bintulu Toastmaste­rs.

Pemenang terbabit akan memasuki peringkat seterusnya dalam pertanding­an Bahagian E yang merangkumi saingan membabitka­n pemidato di kawasan Bintulu dan Miri akan dilangsung­kan pada 15 Oktober di Miri.

Pertanding­an yang dianjurkan merupakan tradisi Toastmaste­rs untuk memberi peluang kepada pemidato menaik taraf keupayaan mereka berucap dan sebagai pengiktira­fan pemidato terbaik di samping sebagai galakan untuk peserta terlibat dalam pertanding­an berkaitan.

Ia merupakan peluang kepada pemidato yang terlibat untuk belajar supaya lebih fasih menguasai bahasa berkenaan terutama yang men- dapat peluang latihan dalam Toastmaste­rs.

Toastmaste­rs Antarabang­sa ditubuhkan pada 1924 berperanan sebagai pemimpin dalam dunia komunikasi dan pembanguna­n kepimpinan.

Ia mempunyai lebih 345,000 keahlian dan 15,900 kelab di 142 negara seluruh dunia. Daerah 87 merangkumi kelab-kelab di Sarawak, Sabah, Brunei dan Indonesia.

Dalam pada itu, pemenang pertanding­an peringkat bahagian akan mewakili bahagian terbabit untuk pertanding­an Daerah 87 semasa Persidanga­n Tahunan Semi Daerah 87 di Sibu dari 27 hingga 29 Oktober ini.

Sebanyak lima kelab menyertai pertanding­an untuk peringkat bahagian Bintulu tersebut merangkumi tiga kelab untuk kategori bahasa Mandarin dan dua kelab untuk bahasa Inggeris.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia