Persatuan Masyarakat Penyayang Kuching anjur Halloween
KUCHING: Persatuan Masyarakat Penyayang Kuching dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menganjurkan ‘ Halloween Fun Night 3 2017’ di Vivacity Megamall pada 28 Oktober ini.
Menurut satu kenyataan baru-baru ini, acara dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pertandingan kostum yang bermula jam 5.30 petang dan larian 5.5 kilometer pada jam 7 malam.
Sebanyak dua kategori akan dipertandingkan pada pertandingan kostum iaitu ‘The Best Visual Effect’ dan ‘Most Popular’.
Bungkusan ‘ fun pack’ akan diberikan pada 21 dan 22 Oktober, mulai 10 pagi hingga 10 malam di Vivacity.
Pendaftaran telah dibuka sehingga 30 September lalu dengan yuran RM50 dan selepas tarikh itu, sesiapa yang berminat perlu membayar RM55 seorang.
Acara tersebut terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 12 tahun ke atas dan mereka yang berumur 18 tahun ke bawah perlu mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga.
Antara lain, acara amal tersebut bertujuan mempromosi gaya hidup sihat selain menggalakkan kesedaran untuk membantu badan kebajikan dan kesedaran keselamatan jalan raya.
Untuk keterangan lanjut, hubungi talian hotline 010-9858308 atau kunjungi https://www.facebook.com/thelovingsocietykuching/
Pendaftaran juga boleh dibuat menerusi aplikasi Whatsapp di mana peserta perlu memuat turun borang penyertaan dari Facebook rasmi dan buat pembayaran menerusi dalam talian atau ATM. Peserta perlu mengambil gambar resit dan hantarkan ke + 6013- 818 9896.
Untuk kutipan ‘fun pack’, peserta hanya perlu mengemukakan MyKad dan resit rasmi akan diberi pada hari kutipan tersebut.
Selain itu, pendaftaran juga boleh dibuat di pejabat The Loving Society Kuching, No 9A, 1ST Floor, Jalan Badruddin, Kuching dari Isnin hingga Jumaat bermula jam 10 pagi hingga 5 petang.
Kaunter pendaftaran turut dibuka di Vivacity dari 2 hingga 22 September (Sabtu dan Ahad sahaja) dari jam 10 pagi hingga 10 malam.