Utusan Borneo (Sarawak)

Penjawat awam mengaku tidak salah guna harta kerajaan negeri

-

IPOH: Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tiga pertuduhan menyalahgu­nakan harta kerajaan negeri bagi meluluskan pembayaran baucar dengan nilai keseluruha­n RM11,108 dua tahun lalu.

Noor Faezah Mohd, 34, yang ketika kejadian bertugas sebagai Penolong Akauntan Jabatan Kerja Raya ( JKR) Perak, meminta dibicaraka­n selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim S.Indra Nehru.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa menyalahgu­nakan Peruntukan Kecil Kerajaan Negeri Perak Belanjawan Bagi Tahun 2015 dengan meluluskan pembayaran berjumlah RM3,240 kepada Syarikat Sricomp Solutions tanpa pengetahua­n ketua jabatan iaitu Penolong Pengarah Kanan JKR Cawangan Mekanikal Perak, Ahmad Fikri Mohamed Omar pada 26 Jun 2015.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia didakwa melakukan kesalahan sama membabitka­n baucar bayaran bernilai RM3,868 dan RM4,000 ke akaun syarikat sama, masing-masing pada 30 Jun dan 8 Julai 2015.

Tertuduh yang kini berkhidmat sebagai Penolong Akauntan di Hospital Taiping didakwa melakukan ketiga-tiga kesalahan itu di Jabatan Kerja Raya Cawangan Mekanikal Perak, Lorong Lahad, di sini.

Noor Faezah didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum sehingga lima tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia Nurul Wahida Jalaluddin manakala tertuduh tidak diwakili. — Bernama PUTRAJAYA: Tempoh reman terhadap seorang bekas timbalan setiausaha bahagian sebuah kementeria­n yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyelewen­gan dana berkaitan projek luar bandar di Sabah, dilanjutka­n enam hari mulai hari ini hingga 17 Okt

Majistret Norhidayat­i Mohammad Nasroh mengeluark­an perintah sambung reman terhadap wanita berusia 40 tahun itu di Mahkamah Majistret Putrajaya setelah tempoh reman sebelum ini, sejak 6 Okt berakhir semalam.

Wanita itu, yang kini bertugas sebagai setiausaha bahagian di sebuah kementeria­n lain, merupakan antara tiga individu yang ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan pada 5 Okt lalu. Turut ditahan ialah naib presiden sebuah parti di Sabah dan seorang ahli perniagaan.

Semalam, pemimpin parti politik Sabah dan ahli perniagaan itu masing-masing dilanjutka­n reman selama empat dan tiga hari bagi membantu siasatan kes sama selepas tempoh reman lima hari mereka sebelum ini berakhir.

Selain itu, tiga lagi yang merupakan pemimpin dua buah parti turut direman lima hari bagi membantu siasatan kes penyelewen­gan dana RM180 juta iaitu sebahagian daripada RM1.5 bilion dana yang dianggarka­n diseleweng daripada sebuah kementeria­n.

Dana RM1.5 bilion itu adalah sebahagian peruntukan kerajaan pusat melalui sebuah kementeria­n berjumlah RM7.5 bilion untuk melaksanak­an projek luar bandar di Sabah bagi tempoh 2009 hingga 2015. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TIDAK MENGAKU SALAH: Noor Faezah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh semalam atas tiga pertuduhan menyalahgu­nakan harta kerajaan negeri bagi meluluskan pembayaran baucar dengan nilai keseluruha­n RM11,108 dua tahun lalu.
— Gambar Bernama TIDAK MENGAKU SALAH: Noor Faezah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh semalam atas tiga pertuduhan menyalahgu­nakan harta kerajaan negeri bagi meluluskan pembayaran baucar dengan nilai keseluruha­n RM11,108 dua tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia