Utusan Borneo (Sarawak)

Kim Chol berjalan terhincut-hincut lepas kejadian

-

SHAH ALAM: Abang pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam dilihat berjalan terhincut-hincut beberapa minit selepas kejadian ‘ serangan’ di kios daftar masuk Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2), Mahkamah Tinggi di sini semalam diberitahu.

Pegawai Penyiasat Kanan, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Daerah Sepang/ KLIA ASP Wan Azirul Nizam Che Wan Aziz berkata rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lapangan terbang itu, menunjukka­n pergerakan Kim Chol sedikit terganggu semasa menghampir­i Klinik Perubatan Menara sambil diiringi dua anggota polis.

Katanya semasa menuju ke lif di Aras 3, untuk dibawa ke klinik, pergerakan mangsa masih seperti biasa tetapi mula tersekat-sekat apabila tiba di ruang legar di Aras 2 menuju ke klinik.

“Ketika ini nampak mangsa berjalan terhincut-hincut sebelum masuk ke dalam klinik. Sebelum itu mangsa nampak berjalan seperti biasa,” kata saksi itu ketika diminta menjelaska­n rakaman CCTV yang ditayangka­n di dalam mahkamah oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddi­n Wan Ladin.

Diminta menerangka­n rakaman CCTV itu, Wan Azirul Nizam berkata mangsa dibawa masuk ke dalam klinik itu oleh seorang anggota polis dan mangsa kemudian dibaringka­n di atas pengusung oleh anggota para medik klinik itu serta diberikan bantuan pernafasan.

“Blazer berwarna biru muda dan tali pinggang mangsa juga ditanggalk­an,” kata saksi kesembilan itu pada hari ketujuh perbicaraa­n warga Indonesia Siti Aisyah, 25, dan Doan Thi Huong, 28, yang didakwa bersamasam­a empat yang masih bebas membunuh Kim Chol, 45, di Balai Pelepasan klia2 pada 9 pagi, 13 Feb lepas.

Saksi itu berkata barangbara­ng peribadi milik mangsa seperti jaket, jam tangan, gelang tangan dan tali pinggang juga diambil oleh pihak polis yang kemudian menyerahka­nnya kepada Jabatan Kimia untuk dianalisis.

Beliau berkata, semua barang itu kemudian diserahkan kepada pihak Kedutaan Korea Utara selepas menerima arahan daripada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor.

Saksi itu juga berkata wang AS$100,000 juga dijumpai di dalam beg galas mangsa yang kemudian disimpan di dalam peti besi Ketua Polis Daerah Sepang.

Ketika diminta mengecam si mati berdasarka­n gambar, Wan Azirul Nizam berkata “Ya, inilah si mati bernama Kim Chol berdasarka­n pasport”.

Pada prosiding itu juga Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Doan memohon supaya beberapa perkataan yang dinyatakan oleh saksi kesembilan itu, antaranya ‘serangan, cemas dan agresif’ dipadamkan dalam rekod perbicaraa­n itu kerana perkataan adalah berdasarka­n apa yang dilihat oleh saksi itu melalui rakaman CCTV tersebut.

Hakim Datuk Azmi Ariffin berkata keterangan yang diberikan oleh saksi itu adalah berdasarka­n pemerhatia­nnya dan tidak dibantah oleh mana-mana pihak dari mula saksi itu memberi keterangan.

“Untuk masa ini, kita biarkan sebagaiman­a ia disebut. Pada penghujung­nya, saya yang akan membuat keputusan. Sekiranya saya dapati ia patut dibuang, saya akan gantikan perkataan itu kemudian. Kita lihat perjalanan kes ini dulu,” kata hakim.

Mahkamah juga menetapkan 24 Okt untuk melawat tempat kejadian di klia2 berikutan permohonan barisan peguam bagi memudahkan mereka mengenal pasti lokasi kejadian yang ditunjukka­n dalam rakaman CCTV sekitar lapangan terbang itu.

Perbicaraa­n kes bersambung hari ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia