Perancis mengesah kelayakan ke Piala Dunia 2018
Dua gol hasil jaringan Griezmann dan Giroud memberi kemenangan selesa 2-1 ke atas Belarus
PARIS, Perancis: Perancis mengesahkan kelayakan ke Piala Dunia 2018 menerusi gol Antoine Griezmann dan Olivier Giroud ketika menewaskan Belarus 2-1 pada perlawanan terakhir kelayakan Piala Dunia 2018 Selasa lepas.
Skuad kendalian Didier Deschamps berjaya melengkapkan perlawanan sukar dengan menewaskan Bulgaria dan Belarus pada dua perlawanan terakhir kelayakan.
Kemenangan di Stade de France bermakna mereka mengelak perlawanan playoff seperti yang terpaksa diharungi pada dua kempen kelayakan sebelum ini.
Tetapi walaupun menamatkan saingan di tangga teratas Kumpulan A, Perancis mempamerkan aksi kurang meyakinkan ketika menentang pasukan Belarus yang sudah terkeluar dari saingan.
“Kami berasa gembira walaupun jika kempen kelayakan ini sewajarnya dengan kualiti pemain yang saya ada,” kata Deschamps, yang turut memberikan penghargaan kepada penyokong Perancis.
“Kami sekarang mempunyai satu suasana yang sudah lama tidak dirasai dan penyokong semakin datang memberikan sokongan penuh kepada pasukan,” kata beliau.
Kami sekarang mempunyai satu suasana yang sudah lama tidak dirasai dan penyokong semakin datang memberikan sokongan penuh kepada pasukan. Didier Deschamps Jurulatih Perancis
Giroud berkata beliau berasa gembira untuk mengelak playoff.
“Kami berusaha keras pada perlawanan ini dan ia bukannya mudah kerana mereka lawan yang kuat dan cukup berbahaya dalam serangan sehingga ke akhir perlawanan. Kami terpaksa berhempaspulas,” kata penyerang kelab Arsenal itu.
“Kami semua berasa lega malam ini kerana kami menamatkan kempen dengan kelayakan automatik ke Piala Dunia.”
Deschamps bermula dengan Griezmann bergandingan dengan Giroud dalam kesebelasan utama.
Griezmann mengurangkan tekanan Perancis apabila membuka jaringan pada minit ke-27 dari satu umpanan cantik Blaise Matuidi.
Enam minit kemudian, Griezmann merampas tolakan lemah pemain pertahanan Belarus sebelum mengumpan bola kepada Giroud untuk meletakkan Perancis 2-0 di hadapan dan gol antarabangsa ke-28 beliau.
Tetapi jentera pertahanan Perancis kemudian
Griezmann meraikan gol jaringannya pada perlawanan tersebut. terleka seketika, membolehkan Belarus merapatkan kedudukan menerusi gol Anton Saroka seminit sebelum rehat.
Saroka mencemaskan Perancis apabila rembatannya sedikit tersasar pada minit ke-64 tetapi Perancis berjaya bertahan sehingga ke wisel penamat untuk mengesahkan kelayakan ke Rusia, tuan rumah Piala Dunia 2018. — AFP