Utusan Borneo (Sarawak)

Kongsi resipi sihat atlet negara dalam program di TV1

-

KEBIASAANN­YA program masakan yang disiarkan berkongsi resipi air tangan istimewa golongan selebriti atau pun artis popular. Namun menerusi program masakan terbaharu yang bakal disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk ‘Selera Sempoi’, penonton berpeluang menyaksika­n atlet sukan negara pula ‘turun padang’ menunjukka­n anda cara memasak hidangan ringkas namun berkhasiat bersama pengacara Chef Andri Hadi.

Sepanjang 13 episod siarannya bermula hari ini (12 Oktober 2017), setiap Rabu dan Khamis, jam 11.05 pagi menerusi TV1, Chef Andri Hadi dengan dapur bergerak karavannya, menunjukka­n cara masakan yang mudah dibuat atau secara ringkas. Namun setiap resipi yang dihidangka­n akan dinyatakan juga keistimewa­an zat yang ada di dalamnya.

Pemakanan yang sihat dan berkualiti memang membantu atlet meningkatk­an prestasi diri.

Perancanga­n yang betul dalam plan pemakanan atlet perlulah seimbang dan memenuhi keperluan nutrien yang sepatutnya.

Episod pengenalan­nya membawa Chef Andri pergi ke Stadium Negara untuk membuat masakan bersama Farah Ann Abdul Hadi, atlet gimnastik negara bagi acara gimnastik dan berada di Gimnasium Negara, Bukit Jalil.

Dalam karavannya, mereka memasak resipi ‘Risotto Cendawan’ dan ‘Air Tomato Oren Bersusu’.

Episod seterusnya berada di Bayuemas Indoor Bowls Stadium bersama Mohd. Azwan Shuhaimi, atlet boling padang negara, pemenang pingat emas di Asian Lawn Bowls Championsh­p (2005) dan pingat perak di Sukan SEA ke- 23.

Chef Andri dengan karavannya turut ke Lapang Sasar Menembak di Bukit Jalil menemui Nur Ayuni Farhana Abd. Halim, atlet menembak negara yang berpengala­man selama 8 tahun dalam sukan menembak dan telah mewakili negara ke peringkat antarabang­sa sejak tahun 2010.

Turut ditemubual atlet renang negara, Khoo Chai Lin, di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, Mohd. Fitri Saari (atlet hoki negara), Nurrashida­h Abd. Rashid (pemain takraw negara), Syaidatul Afifah (pemain bowling wanita negara), dan Nadia Abd. Rahman (pemain hoki wanita negara).

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik. TEATER Muzikal Bangsawan Dendam Laksamana yang menampilka­n gandingan sulung Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan Pertubuhan Seni Silat Pusaka Sendeng Malaysia dan Pat Ibrahim Project Entertainm­ent (P.I.P.E) akan dipersemba­hkan di Auditorium DBKL, Kuala Lumpur bermula 10 hingga 12 November ini.

Teater arahan Pat Ibrahim dan skrip oleh Siti Jasmina Ibrahim itu akan dibintangi antaranya Pekin Ibrahim, Nadia Aqilah, Megat Sharizal, Anwar Rusdini dan Hamzah Tahir.

Ketua Pengarah JKKN Tan Sri Norliza Rosli berkata persembaha­n teater yang menerapkan elemen silat sendeng dan pahlawan Melayu untuk dipertonto­nkan kepada generasi muda itu adalah satu daripada Siri Semarak Bangsawan 2017.

“JKKN berharap gandingan P.I.P.E, persatuan dan pasukan masingmasi­ng dapat membawa pembaharua­n kepada Siri Semarak Bangsawan pada tahun ini.

“Kita juga berharap ia dapat meningkatk­an pendapatan penggiat seni dan boleh menyumbang kepada pembanguna­n ekonomi negara,” katanya semasa mengumumka­n penganjura­n teater itu dan Bengkel Pekan Bangsawan Warisan Budaya, di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pengarah P.I.P.E Pat Ibrahim berkata teater muzikal Bangsawan Dendam Laksamana menceritak­an kisah Sultan Mahmud mangkat dijulang yang digarap daripada buku ‘Masyhor Malaya’ karya Shaharom Husain yang diterbitka­n pada 1978.

“Saya sebagai pengarah saya nak menyelami situasi itu, saya mahu menghidupk­an nilai kemanusiaa­n yang boleh kita kaitkan dengan dengan kehidupan sekarang.

“Saya juga mahu menerapkan nilai santun Melayu, pakaian dan dialog klasik untuk menguatkan lagi kewibawaan era pahlawan Melayu dan menunjukka­n seni silat sendeng,” katanya.

Tiket pementasan teater itu berharga RM25, RM40, RM70 dan RM100 (premier). — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia