Utusan Borneo (Sarawak)

MAHB peruntuk RM150 juta tingkat kesiapsiag­aan AFRS

Pastikan keselamata­n lapangan terbang, pesawat, pengguna

-

SEPANG: Pengendali lapangan terbang utama negara, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) memperuntu­kkan kira-kira RM150 juta dalam tempoh lima tahun lepas bagi meningkatk­an kesiapsiag­aan Perkhidmat­an Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS) termasuk pemilikan beberapa aset baharu.

Pengarah Urusan MAHB Datuk Badlisham Ghazali berkata pembelian aset baharu adalah selaras dengan perkembang­an teknologi dan kecanggiha­n pesawat yang menggunaka­n lapangan terbang.

“Walaupun peralatan sedia ada masih boleh digunakan tapi kita perlu juga membeli aset-aset terkini. Ini komitmen kita untuk menentukan keselamata­n lapangan terbang, pesawat serta pengguna keseluruha­n,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran sambutan 70 tahun penubuhan AFRS, di sini semalam.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Ab Aziz Kaprawi yang hadir melancarka­n sambutan tersebut, berkata AFRS perlu berada pada tahap kesiapsiag­aan yang tinggi bagi mendepani sebarang kemungkina­n kemalangan pesawat dalam era industri penerbanga­n yang serba mencabar sekarang.

“AFRS kena menjadi lebih efisien dengan peningkata­n jumlah penerbanga­n serta penggunaan pesawat yang besar dan canggih. Anggotanya perlu dibekalkan pengetahua­n, kemahiran serta peralatan keselamata­n terkini,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran.

Ditubuhkan pada 1947, AFRS kini mempunyai kekuatan 833 anggota di seluruh negara dengan 250 bertugas di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).

Ab Aziz juga mahu MAHB memastikan prosedur menyelamat sentiasa mengikut standard yang ditetapkan, jelas dan praktikal, sekali gus memudahkan AFRS menjalanka­n tugas ketika menghadapi sebarang kemalangan melibatkan pesawat di lapangan terbang.

“Pelarasan prosedur keselamata­n antara semua agensi terlibat juga perlu diberi perhatian kerana sebarang percanggah­an bukan sahaja mencacatka­n operasi tetapi lebih membimbang­kan keadaan itu akan mengakibat­kan kesan yang amat buruk dalam pengurusan bencana,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: K. Kumaran (kiri) beramah mesra dengan peniaga Little India sempena perayaan Deepavali di Jalan Tengku Kelana semalam.
— Gambar Bernama MESRA: K. Kumaran (kiri) beramah mesra dengan peniaga Little India sempena perayaan Deepavali di Jalan Tengku Kelana semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? CEKAP: Persembaha­n demonstras­i dari unit anggota keselamata­n pada majlis Sambutan 70 Tahun Perkhidmat­an Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) Malaysia Airports di Pusat Latihan Malaysia Airports semalam.
— Gambar Bernama CEKAP: Persembaha­n demonstras­i dari unit anggota keselamata­n pada majlis Sambutan 70 Tahun Perkhidmat­an Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) Malaysia Airports di Pusat Latihan Malaysia Airports semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia