Utusan Borneo (Sarawak)

UNIT KEPOLISAN KOMUNITI BANTU POLIS CEGAH JENAYAH•

- Oleh Agnes Tugong

KETUA Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti (JPJKK) Kontinjen Sarawak, SAC Shafie Ismail menyertai aktiviti rondaan bersama Persatuan Kepolisan Komuniti Sarawak, Unit Jalan Pisang Barat dan Jalan Intan di Kuching, baru-baru ini.

Lebih 80 ahli persatuan dari unit berkenaan termasuk anggota unit peronda MPV polis menyertai rondaan di sekitar kawasan perumahan tersebut bermula dari jam 10.30 malam hingga tengah malam.

Dalam amanat ringkasnya Shafie berkata, beliau dimaklumka­n banyak berlaku kes pecah rumah di kawasan perumahan ini dan telah mengarahka­n anggotanya untuk mendapatka­n maklumat berhubung jenayah-jenayah ini.

“Masalah utama yang dihadapi oleh kita termasuk penduduk di kawasan perumahan ini ialah dadah dan menjadi tugas kita bersama untuk membantera­s kegiatan tidak sihat ini.

“Justeru saya berharap kewujudan unit kepolisan komuniti ini akan dapat membantu pihak polis dalam mencegah aktiviti jenayah bukan sahaja di kawasan perumahan ini tetapi di seluruh bandar Kuching ini,” katanya.

Pada rondaan tersebut, Shafie turut mengingatk­an anggota peronda terutama dari Persatuan Kepolisan Komuniti supaya mengambil langkah berjaga-jaga.

“Ahli-ahli persatuan ini bukan polis, jadi anda tidak boleh bertindak sesuka hati dan jika ada yang mencurigak­an sila maklumkan kepada anggota kami untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Kepolisan Komuniti Sarawak Datuk John Lau berkata, Unit Jalan Pisang Barat dan Jalan Intan ini merupakan yang ke-48 ditubuhkan di Kuching dengan jumlah keahlian seramai 15,000 di seluruh negeri.

“Komuniti kepolisan semakin popular di bandar raya ini dalam usaha membantu mengurangk­an dan mencegah kegiatan jenayah dalam kalangan komuniti.

“Sehubungan itu, saya amat menggalakk­an penyertaan lebih ramai komuniti dalam persatuan ini serta menubuhkan unit di kawasan perumahan masing-masing.

Unit Jalan Pisang Barat dan Jalan Intan ditubuhkan dan diketuai oleh Peter Ong Yii Boon dengan matlamat untuk mencegah kegiatan jenayah seperti kes pecah rumah yang semakin membimbang­kan di kawasan ini.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? KENANGAN: Ahli-ahli Persatuan Kepolisan Komuniti, Unit Jalan Pisang Barat dan Jalan Intan merakamkan gambar bersama Shafie (enam kiri) selepas rondaan, baru-baru ini. Turut kelihatan Lau (lima kiri) dan Peter (tujuh kiri).
KENANGAN: Ahli-ahli Persatuan Kepolisan Komuniti, Unit Jalan Pisang Barat dan Jalan Intan merakamkan gambar bersama Shafie (enam kiri) selepas rondaan, baru-baru ini. Turut kelihatan Lau (lima kiri) dan Peter (tujuh kiri).
 ??  ?? RONDA BERSAMA: Shafie (dua kiri) menyertai aktiviti rondaan bersama Persatuan Kepolisan Komuniti, Unit Jalan Pisang Barat dan Jalan Intan di Kuching, baru-baru ini. Turut kelihatan Lau (kiri) dan Peter (dua kanan).
RONDA BERSAMA: Shafie (dua kiri) menyertai aktiviti rondaan bersama Persatuan Kepolisan Komuniti, Unit Jalan Pisang Barat dan Jalan Intan di Kuching, baru-baru ini. Turut kelihatan Lau (kiri) dan Peter (dua kanan).
 ??  ?? DILANCAR: Shafie (kiri) melancarka­n Persatuan Kepolisan Komuniti, Unit Jalan Pisang Barat dan Jalan Intan selepas rondaan, baru-baru ini. Turut kelihatan Lau (dua kiri).
DILANCAR: Shafie (kiri) melancarka­n Persatuan Kepolisan Komuniti, Unit Jalan Pisang Barat dan Jalan Intan selepas rondaan, baru-baru ini. Turut kelihatan Lau (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia