Utusan Borneo (Sarawak)

LEE SEDIA PERTAHAN KEJUARAAN GOLF •

Kejohanan Golf Grand Sarawak Ke-4 2017 bakal bermula hari ini hingga 15 Oktober di DGCC

- Lee Ka Tung Juara bertahan

KUCHING: Juara bertahan, Lee Ka Tung dari Kelab Golf Sibu (SGC) akan membuat yang terbaik bagi mempertaha­nkan gelarannya pada Kejohanan Golf Grand Sarawak Ke-4 bagi tahun 2017.

Kejohanan tersebut berlangsun­g dari 13 hingga 15 Oktober ini di Kelab Golf Damai dan Country (DGCC) dekat sini.

Pemain berusia 47 tahun ini telah memenangi kejohanan yang sama sejak diperkenal­kan oleh Persatuan Golf Sarawak (SGA) pada 2014.

Tahun ini, kejohanan ini menarik pemain golf dari negeri jiran Sabah dan negara jiran, Brunei selain saingan daripada pemain golf handalan tempatan dari Sibu, Miri dan Bintulu.

“Ia pasti mencabar bagi saya kerana ramai pesaing yang merebut trofi kejuaraan selain kemunculan pemain-pemain golf muda,” kata Lee yang tiba di Kuching lebih awal untuk persiapan.

Menurut Lee, kejohanan di DGCC kali ini merupakan yang kedua untuknya tahun ini selepas memenangi Kejohanan Golf Master Astro 2017, baru-baru ini.

Antara pemain yang akan memberi cabaran kepada Lee nanti ialah rakan pemain dari Sibu iaitu Lau Chin Leong, Wong Tung Ann, Steven Hii Tai Leong dan Bennet Ling Soon Kiong.

Pencabar lain termasukla­h Aziel Teo Ken Yi, Mohd Lokman Mustaffa dan Daniel Yeo Thian Chai dari Kelab Golf Sarawak (KGS).

Sementara itu, juara bertahan dalam kategori wanita Angel Hii juga menjangkak­an cabaran sengit dari pemain muda Mirabel Ting, 11, dari Kelab Golf Miri (KGM) yang memenangi Kejohanan Golf Terbuka Wanita Amatur Sarawak 2017 baru- baru ini.

Pencabar lain bagi wanita ialah Zulaikhah Nurziana Nasseer dari KGS yang merupakan bekas pemain golf SUKMA Sarawak dan tempat ketiga dalam Kejohanan Golf Terbuka Amatur Sibu Ke-18.

Seramai 10 pemain golf wanita akan bersaing dalam Kejohanan Golf Grand Sraawak Ke- 4 2017 yang akan diadakan buat pertama kalinya di DGCC.

Ia pasti mencabar bagi saya kerana ramai pesaing yang merebut trofi kejuaraan selain kemunculan pemainpema­in golf muda.

 ??  ??
 ??  ?? JUARA BERTAHAN: Pengurus Besar DGCC, Roslan Mohd Salleh (tengah) bersama Lee (dua kanan) yang akan mempertaha­nkan kejuaraan pada Kejohanan Golf Grand Sarawak Ke-4 bermula hari ini.
JUARA BERTAHAN: Pengurus Besar DGCC, Roslan Mohd Salleh (tengah) bersama Lee (dua kanan) yang akan mempertaha­nkan kejuaraan pada Kejohanan Golf Grand Sarawak Ke-4 bermula hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia