Utusan Borneo (Sarawak)

60 terjejas rumah sewa musnah terbakar

Semua penghuni berjaya menyelamat­kan diri namun dokumen penting hangus

- Oleh Mastura Ismail

LAWAS: Sebuah rumah sewa kayu dua tingkat ranap dijilat api menyebabka­n sekitar 60 penghuni tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran berlaku berhampira­n hujung tamu Lawas di sini malam kelmarin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lawas Zaki Husin berkata kejadian berlaku sekitar jam 11.10 malam itu memusnahka­n rumah sewa bertingkat mempunyai 10 bilik di tingkat atas dan 10 bilik tingkat bawah.

Ketika kebakaran berlaku penghuni juga mendengar bunyi letupan dari sebuah bilik sewa terbabit. Bagaimanap­un, tidak kemalangan jiwa dilapor dan semua penghuni berjaya keluar menyelamat­kan diri.

Jelasnya berdasar maklumat penghuni berkenaan kebakaran mungkin bermula daripada salah sebuah bilik sebelum merebak ke bilik berhampira­n.

“Ketika kebakaran berlaku penghuni juga mendengar bunyi letupan dari sebuah bilik sewa terbabit. Bagaim- anapun, tidak kemalangan jiwa dilapor dan semua penghuni berjaya keluar menyelamat­kan diri,” katanya semalam.

Keseemua penghuni rumah berkenaan katanya tidak sempat menyelamat­kan dokumen berharga yang turut musnah dalam kebakaran berkenaan.

Jelasnya seramai 11 anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan Dua Celica Thomas Midarek bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan jam 11.15 malam.

Selain bomba turut membantu adalah anggota polis dengan bantuan orang awam dan operasi tamat jam 2:45 pagi semalam dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Jelas beliau, sembilan keluarga yang terdiri daripada mangsa kebakaran kini ditempatka­n di Pusat Pemindahan bertempat di Stadium Tertutup Daerah Lawas di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Daerah Lawas.

Zaki Husin Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lawas

 ??  ?? MUSNAH: Rumah sewa dua tingkat musnah dalam kebakaran malam kelmarin.
MUSNAH: Rumah sewa dua tingkat musnah dalam kebakaran malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia