Utusan Borneo (Sarawak)

APMM tahan bot asing tangkap ikan secara haram

-

KUCHING: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia ( APMM) menahan sebuah bot nelayan asing selepas didapati menangkap ikan di perairan negeri di kedudukan kira- kira 206 batu nautika ke timur laut Tanjung Po, kelmarin.

Pengarah Daerah Maritim Kuching Kapten Maritim Shahref Steve Mac Queen berkata, bot nelayan tersebut semasa ditahan didapati menangkap ikan dengan peralatan menangkap ikan jenis rawai iaitu sekitar jam 12.05 tengah malam.

Menurutnya, hasil pemeriksaa­n mendapati sembilan awakawak berserta tekong dipercayai warganegar­a Vietnam berusia lingkungan 18 hingga 45 ta- hun.

“Semasa ditahan, didapati mereka sedang menjalanka­n aktiviti menangkap ikan dan pemeriksaa­n lanjut ke atas bot tersebut menemui sebanyak kira- kira 200 kilogram pelbagai jenis ikan berserta kelengkapa­n alat menangkap ikan jenis rawai.

“Bot nelayan asing tersebut seterusnya dibawa ke jeti Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin, Muara Tebas dan tiba petang semalam ( Rabu),” katanya dalam satu kenyataan media di sini semalam.

Tambahnya, kesemua nelayan warga asing tersebut ditahan reman sementara kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985.

“Jika didapati bersalah, bot berserta peralatan menangkap ikan boleh disita dan tekong serta awak- awak boleh dikenakan denda masing- masing tidak melebihi RM1 juta dan RM100,000 setiap seorang termasuk hukuman penjara,” katanya.

Justeru, APMM sentiasa mengalu- alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang- undang secara terus ke talian hotline 24 jam Pusat Operasi Maritim Wilayah Sarawak ( 082432544).

 ??  ?? DITAHAN: Bot nelayan Vietnam yang ditangkap kerana menceroboh perairan Sarawak.
DITAHAN: Bot nelayan Vietnam yang ditangkap kerana menceroboh perairan Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia