Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia tidak akan menempatka­n kedutaan di Korea Utara

-

KOTA SAMARAHAN: Malaysia tidak akan menempatka­n kedutaanny­a di Korea Utara buat sementara waktu, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Justeru bagi tujuan itu katanya, kementeria­nnya akan mengemukak­an kertas rekomendas­i kepada kabinet bagi membolehka­n Kedutaan Malaysia di Beijing, China mengendali­kan semua urusan berkaitan Korea Utara termasuk hal ehwal dan kebajikan rakyat negara ini di negara itu.

Perkara itu dinyatakan oleh Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman ketika ditemui pemberita selepas menyampaik­an ceramah bertajuk ‘Isu-Isu dan CabaranCab­aran Dalam Mengurus Hubungan Luar Malaysia’ di Arena Gemilang DeTar Putra Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di sini semalam.

“Kita di Wisma Putra telah menyediaka­n kertas rekomendas­i untuk dikemukaka­n kepada (mesyuarat) kabinet akan datang. Kita akan pindahkan Kedutaan Malay- sia dari Pyongyang (Korea Utara) ke Beijing, China.

“Buat sementara waktu Malaysia tidak akan membuka pejabat kedutaan di Korea Utara, maknanya segala urusan diplomatik serta hal ehwal dan kebajikan rakyat Malaysia di Korea Utara akan dikendalik­an oleh pejabat kedutaan kita di Beijing, China,” katanya.

Sementara itu semasa menyampaik­an ceramah itu Anifah berkata Malaysia mungkin atau mungkin tidak memutuskan hubungan diplomatik dengan Korea Utara dengan pemindahan Kedutaan Malaysia di Pyongyang ke Beijing.

Pada 28 Februari 2017, Kementeria­n Luar mengeluark­an kenyataan melarang rakyat Malaysia pergi ke Korea Utara.

Tambahnya, larangan itu akan berkuat kuasa sehingga notis selanjutny­a dikeluarka­n.

Anifah berkata langkah itu diambil ekoran beberapa peristiwa yang berlaku selepas pembunuhan warga Korea Utara Kim Chol di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari 2017.

Hubungan antara Kuala Lumpur dan Pyongyang mula tegang selepas kematian adik tiri pemimpin utama Korea Utara, Kim Jong Un melibatkan dua wanita warga asing menggunaka­n ejen saraf VX.

Sehubungan itu, Kerajaan Malaysia telah menahan beberapa rakyat Korea Utara untuk disoal siasat, namun hanya seorang ditahan telah dibebaskan kerana kekurangan bukti untuk pendakwaan.

Malaysia turut bertindak menghalau Duta Besar Korea Utara di Malaysia Kang Chol kerana gagal menghadirk­an diri selepas dipanggil oleh Wisma Putra dengan mengisytih­arkannya sebagai ‘persona non grata’.

Sebagai balasan pada Mac 2017, Pyongyang melarang rakyat termasuk diplomat Malaysia di Korea Utara meninggalk­an negara itu dipercayai untuk dijadikan tebusan.

Pada 15 Februari 2017, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang wanita Vietnam Doan Thi Huong, 29, ketika bersendiri­an di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 ( klia2) pada jam 8.20 pagi, sebelum sempat menaiki pesawat ke Vietnam.

Suspek kedua juga wanita, warga Indonesia, Siti Aisyah, 25, ditahan di sebuah lokasi pada jam 2 pagi 16 Februari 2017. Kes itu kini masih dalam perbicaraa­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia