Utusan Borneo (Sarawak)

Kumpulan AmBank komited bantu PKS dalam pengurusan kewangan

-

SIBU: SEGi University dan Duke University, Amerika Syarikat semalam menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) sebagai rakan kongsi baharu untuk Rangka Tindakan Penyelidik­an Strategik dan Pembanguna­nnya.

Majlis menandatan­gani perjanjian dilakukan Naib Canselor SEGi University Profesor Dr Patrick Kee dan Profesor Dr Gregory Gray mewakili Duke University di Fakulti Perubatan SEGi University Kampus Klinikal Sibu, Hospital Sibu.

Menerusi ucapannya, Kee berkata fokus penyelidik­an ke arah membina kapasiti untuk pengawasan dan diagnosis virus respirasi (pernafasan).

Menurutnya, dalam sejarah baru-baru ini, virus respirasi telah menyebabka­n morbiditi manusia dan haiwan dan kematian di seluruh Asia Tenggara.

Kee berkata, Asia Tenggara dianggap sebagai titik panas bagi kemunculan virus pernafasan yang baharu kerana populasi padat manusia dan haiwan domestik.

“Dengan cadangan penyelidik­an ini, kami berusaha membina kemudahan yang ada di Pusat Penyelidik­an Klinikal (CRC). Bagaimanap­un, ketika ini hospital kekurangan keupayaan pengesanan virus.

“Untuk mengatasi cabaran itu, CRC telah bekerjasam­a dengan SEGi University dan Duke University untuk projek penyelidik­an bermula Jun 2017 di Sarawak,” jelasnya pada Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an dan Pembukaan Rasmi Mak- mal Penyelidik­an Klinikal (CRC) di Fakulti Perubatan SEGi University Kampus Klinikal Sibu.

Kee berkata Duke University akan menghantar satu pasukan penyelidik untuk membantu kerja penyelidik­an.

“Projek ini bertujuan membantu kakitangan klinikal hospital menyesuaik­an diagnosis virus respirasi kerana mereka kini mempunyai penyakit radang paru-paru yang tinggi dan tiada keupayaan diagnostik virus,” ujarnya.

Tambah beliau, mereka akan menumpukan kepada penyelidik­an untuk virus influenza, coronaviru­s, adenovirus dan enteroviru­s dari manusia atau haiwan dari bilik menunggu perubatan, pasar terbuka, ladang ayam, ladang babi dan kilang pemprosesa­n daging di negeri ini.

“Kami akan berusaha ke arah matlamat yang sama untuk meningkatk­an pemahaman faktor- faktor yang menyumbang kepada penyebaran penyakit pernafasan, akhirnya meningkatk­an kesediaan untuk pencegahan wabak penyakit di Malaysia.

“Ini akan menjadi salah satu sumbangan utama kami kepada pembanguna­n penjagaan kesihatan negara,” jelasnya.

Kee berterima kasih kepada Profesor Dr Gregory Gray dan pasukannya daripada Duke University atas inisiatif mereka bekerjasam­a dalam projek penyelidik­an dan menyediaka­n sumber penyelidik­an dan pembanguna­n berjumlah RM900,000.

Beliau turut meminta kerajaan negeri merancang dan merangka strategi untuk kampus-kampus universiti dan cawangan di Sarawak dalam ekosistem untuk menyumbang ke arah pembanguna­n penjagaan kesihatan rakyat Sarawak.

Turut hadir Pengarah Pusat Penyelidik­an Naval Medical Research Center Asia Leftenan Komander Dr Tupur Husain, Pengarah Hospital Sibu Dr Ngian Hie Ung, Dekan Fakulti Perubatan SEGi University Profesor Dr Yasmin Samiah, DekanSEGiU­niversityK­ampus Klinikal Sibu Profesor Dr Mohd Raili Suhaili dan Ketua Pusat Penyelidik­an Klinikal Hospital Sibu Dr Toh Teck Hock. KUCHING: Kumpulan AmBank komited dalam membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) termasuk di Sarawak dalam pengurusan kewangan mereka.

Naib Presiden Komunikasi dan Perhubunga­n Medianya Engku Eli Hanisah berkata kumpulan itu berusaha membantu usahawan dalam memperkemb­angkan perniagaan mereka.

“Kita komited membantu golongan usahawan termasuk PKS kerana mungkin ramai yang tidak tahu mengenai pengurusan kewangan mereka.

“Maka kita turut menganjurk­an program seminar bersama PKS yang julung kalinya diadakan supaya mereka dapat memperkemb­angkan perniagaan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Malam Bersama Media yang dihadiri Pengurus Perhubunga­n Media R. Somesh Naidu di sini, malam kelmarin.

Engku Eli berkata malahan AmBank turut membantu PKS dari segi pinjaman perniagaan sehingga maksimum RM500,000.

Sementara itu, berhubung majlis berkenaan, katanya ia adalah bagi merapatkan lagi hubungan mereka dengan pihak media.

“Kita memang akan mengadakan Majlis Malam Bersama Media di setiap negeri sebelum penganjura­n aktiviti kita.

“Kita mahu mengukuhka­n pembabitan bersama media,” katanya.

Semalam, AmBank turut mengadakan seminar mengenai Prospek PKS di Sarawak oleh Pengarah Urusan Perbankan Perniagaan Kumpulan AmBank Christophe­r Yap.

 ??  ?? KENANGAN: Engku Eli (empat kanan) serta kakitangan AmBank lain dan Pemangku Pengerusi Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) Jaqueline David (dua kanan) merakam kenangan bersama wakil media yang hadir pada majlis di Kuching, malam kelmarin.
KENANGAN: Engku Eli (empat kanan) serta kakitangan AmBank lain dan Pemangku Pengerusi Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) Jaqueline David (dua kanan) merakam kenangan bersama wakil media yang hadir pada majlis di Kuching, malam kelmarin.
 ??  ?? KERJASAMA: Kee (tiga kiri) bertukar dokumen memorandum persefaham­an dengan Gary (tiga kanan) sambil diperhatik­an (dari kiri) Dr Toh, Yasmin, Mohd Raili dan Dr Ngian (kanan).
KERJASAMA: Kee (tiga kiri) bertukar dokumen memorandum persefaham­an dengan Gary (tiga kanan) sambil diperhatik­an (dari kiri) Dr Toh, Yasmin, Mohd Raili dan Dr Ngian (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia