Utusan Borneo (Sarawak)

Pegawai, anggota PDRM berlatih hadapi PRU14

Latihan untuk kesiapsiag­aan 60,000 anggota dalam menghadapi cabaran sepanjang PRU

- Oleh Jeremy Lanson

Kita mahu pasukan sentiasa dalam keadaan bersiap sedia apabila kerajaan mengumumka­n tarikh PRU14 nanti.

KUCHING: Seramai 60,000 pengawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara kini sedang menjalani latihan persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengarah Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam (KPDKA) Datuk Seri Zulkifli Abdullan berkata latihan tersebut yang dijadualka­n tamat pada penghujung bulan depan adalah untuk kesiapsiag­aan anggota dalam menghadapi cabaran sepanjang PRU.

Menurutnya, latihan tersebut diharap dapat memberi pendedahan kepada anggota mengenai tugasan sama ada di pusat mengundi atau ketika melakukan tugasan lain berkaitan pilihan raya.

“Kita mahu pasukan sen- tiasa dalam keadaan bersiap sedia apabila kerajaan mengumumka­n tarikh PRU14 nanti.

“Susulan itu, kira- kira 60,000 anggota kita di seluruh negara mengikuti latihan untuk tugas- tugas seperti di pusat- pusat mengundi, bilik gerakan dan memberi pendedahan mengenai situasi yang mungkin terjadi ketika pilihan raya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena lawatan kerja ke Ibu Pejabat Pasukan Gerakan Am (PGA) di Batu Kawah, di sini semalam.

Sementara itu, Zulkifli turut memberitah­u bahawa Unit Pencegahan Rusuhan (PORU) sedia ada di Sarawak dijangka memadai untuk mengambil alih peranan Unit Simpanan Persekutua­n (FRU), yang ada di Semenanjun­g Malaysia, menjelang PRU14 nanti.

“Di Sarawak unit dan isu di sini berbeza daripada Semenanjun­g Malaysia, di mana keadaan tidak terlalu kritikal dan ini adalah salah satu sebab kenapa kita tidak ada FRU tetapi hanya PORU di Sarawak,” katanya.

Sungguhpun begitu, Zulkifli menegaskan bahawa pihaknya sentiasa membuat penilaian mengenai keperluan FRU di negeri ini.

“Setakat ini kita dapati tiada keperluan FRU di negeri ini dan sekiranya perlu juga, kita boleh terbangkan unit tersebut (FRU) yang sedia ada di Semenanjun­g Malaysia untuk tugas-tugas di sini.

“Di Sarawak, PGA akan memainkan peranan FRU, di mana terdapat enam PORU yang mempunyai peranan yang sama terutama dalam menjaga ketenteram­an awam,” jelasnya.

Turut sama dalam lawatan tersebut semalam ialah Timbalan Pengarah KPDKA (PGA) DCP Datuk Abdul Hamid Mohd Ali dan Komander Briged Sarawak PGA SAC Datuk Khaw Kok Chin.

Datuk Seri Zulkifli Abdullan berkata Pengarah Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam

 ??  ?? PAMERAN: Zulkifli bersama tetamu kehormat lain melihat pameran yang disediakan.
PAMERAN: Zulkifli bersama tetamu kehormat lain melihat pameran yang disediakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia