Utusan Borneo (Sarawak)

Ahli Majlis Pelajar UCTS harus seimbang akademik dan aktiviti

-

SIBU: Ahli Majlis Pelajar Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) digesa menyeimban­gkan antara pendidikan dan aktiviti majlis supaya dapat menyemai sesuatu yang positif dalam diri mereka.

Naib Canselor UCTS Profesor Datuk Dr Abdul Hakim Juri menegaskan, dengan menyeimban­gkan antara kedua-duanya, mereka akan mempelajar­i sesuatu yang baik dalam peranan masingmasi­ng.

Beliau bercakap pada Majlis Serah Tugas Majlis Pelajar UCTS yang baharu di Dewan Senat UCTS, semalam.

Abdul Hakim juga mencadangk­an supaya melanjutka­n tempoh dua tahun bukan hanya setahun untuk Majlis Pelajar UCTS.

“Ini kerana dengan tempoh dua tahun untuk Majlis Pelajar UCTS, mereka akan mempunyai masa mencukupi merancang dan melaksana lebih banyak aktiviti UCTS.

“Dengan lebih banyak tindakan, ia akan meningkatk­an hubungan majlis dengan semua pelajar UCTS sekali gus membolehka­n lebih banyak interaksi sihat di kalangan mereka,” katanya.

Sementara itu, Presiden Majlis Pelajar UCTS yang baharu ialah Jong Lung Sin, Winston Wong (Naib Presiden), Wong Jia Yii ( Setiausaha), Jessie Wong ( Bendahari), Chai Chung Yee ( Perhubunga­n Awam & Publisiti), Wilson Mujang Nyuwak (Perhubunga­n Awam & Publisiti), Ting Ding Chai dan Goh Zheng Feng ( Kebajikan/ Sosial/ Tatatertib), Alvin Tang Shin Zhe dan John Wong Kiong Seng (Pengurusan Acara).

Jong turut mengetuai ahli baharu menyerahka­n perjanjian pelantikan mereka sebagai ahli Majlis Pelajar UCTS kepada Abdul Hakim sambil disaksikan ahli jawatankua­sa Majlis Pelajar UCTS yang terdahulu.

 ??  ?? AMANAT KAMI: Jong (lima kiri) bersama ahlinya menyerahka­n perjanjian mereka sebagai ahli Majlis Pelajar UCTS kepada Abdul Hakim di Sibu, semalam.
AMANAT KAMI: Jong (lima kiri) bersama ahlinya menyerahka­n perjanjian mereka sebagai ahli Majlis Pelajar UCTS kepada Abdul Hakim di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia