Utusan Borneo (Sarawak)

Zon Dagangan Bebas Digital dicadang diwujudkan di Sarawak

-

KUCHING: Menteri Muda E-Perdaganga­n Datuk Mohd Naroden Majais mencadangk­an agar Zon Dagangan Bebas Digital (DFTZ) sendiri seperti yang ada di Kuala Lumpur diwujudkan di negeri ini.

Beliau memberitah­u, penubuhan DFTZ itu penting bagi memastikan Sarawak berjaya sebagai Hab E-Dagang sekali gus memacu ke arah pembanguna­n ekonomi digital yang disarankan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

“Mungkin saranan saya ini terlalu tinggi dalam melangkah ke hadapan, tetapi secara realitinya, inilah fenomena global yang sedang berlaku di seluruh dunia.

“Justeru, kita perlukan kemudahan dan ekosistem sebegini jika kita ingin maju dalam perniagaan terutama melalui platform e-dagang yang membolehka­n kita bersaing di peringkat global,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Program ‘ Onboarding’ Perusahan Kecil dan Sederhana DFTZ di sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Naroden yang juga Menteri Muda Perusahaan Kecil Sederhana dan Usahawan berkata, untuk itu juga, pusat mengumpul diperlukan di setiap pelabuhan dan lapangan terbang di negeri ini.

“Dalam masa sama kita harus mewujudkan DFTZ di kawasan pelabuhan dan lapangan terbang antarabang­sa seperti di Kuching, Tanjung Manis, Bintulu dan Miri.

“Malah, DFTZ harus diwujudkan di kawasan perindustr­ian utama seperti High Tech Park di Samajaya di mana kerajaan negeri bercadang menubuhkan Kampung Digital yang merangkumi segala perkhidmat­an,” jelasnya.

Tambahnya, begitu juga di kawasna utama yang lain di Samalaju dan Tanjung Manis yang telah dan akan menarik banyak pelabur dari luar negara.

“Bandar besar atau di pedalaman sekalipun dan tidak kira syarikat kecil atau besar kita berupaya melaksanak­an pengurusan perniagaan kita melalui cara yang sama iaitu teknologi dan Internet,” tegasnya.

Mengenai program yang pertama diadakan di negeri ini, Naroden berkata ia da- pat mendedahka­n usahawan kecil dan sederhana mengenai konsep perniagaan yang berlandask­an teknologi dan Internet.

“Sekarang teknologi digital dan Internet sudah menjadi alat untuk berniaga dan penggunaan­nya membolehka­n kita berurusan tanpa sempadan yang dilakukan di mana-mana sahaja dengan pasaran yang lebih luas,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berharap peserta yang mengikuti program tersebut dapat memanfaatk­an segala ilmu yang diperolehi untuk memajukan diri dalam bidang perniagaan melalui e-dagang ini.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan EPerdagang­an Kameri Affandi dan tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia