Utusan Borneo (Sarawak)

Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri 2017 dijangka melibatkan 5,000 belia

-

KUCHING: Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri 2017 yang berlangsun­g pada 27 hingga 29 Oktober ini di Betong, dijangka melibatkan sehingga 5,000 belia dari seluruh negeri.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, diadakan sebagai pengiktira­fan terhadap sumbangan belia kepada pembanguna­n negeri, tema yang dipilih kali ini adalah ‘Belia Pencetus Inspirasi, Pemacu Inovasi’.

“Pelbagai aktiviti menarik diadakan yang menjurus kepada belia dan majlis perasmian akan diadakan pada 28 Oktober serta disempurna­kan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

“Pada majlis perasmian terdapat perarakan yang disertai lebih kurang 3,000 belia dan kita menganggar­kan 4,000 hingga 5,000 belia secara keseluruha­n termasuk di ruang pameran, pekarangan stadium dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media mengenai sambutan Hari Belia 2017 yang dihadiri Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar Gerald Rentap Jabu dan ADUN Saribas Mohammad Razi Sitam di pejabatnya di sini, semalam.

Menurut Karim, antara aktiviti yang turut dinantinan­tikan adalah sesi dialog belia bersama Ketua Menteri yang diadakan selepas majlis perasmian dengan dianggarka­n 300 hingga 400 belia turut serta.

“Acara kemuncak sambu- tan adalah Anugerah Belia Negeri 2017 yang juga dikenali Ikon Belia di mana pada tahun ini kita menyaksika­n sedikit kelainan dari segi penganuger­ahan ini.

“Sebelum ini Anugerah Ikon Belia diberikan ke- pada 10 individu dalam pelbagai bidang tetapi kali ini kita hanya menyampaik­an anugerah kepada tiga penerima sahaja yang betulbetul layak,” katanya sambil memberitah­u, jawatankua­sa berasakan penguranga­n itu wajar dalam usaha mengangkat dan mengisytih­ar Tokoh Belia.

Karim berkata tiga penerima anugerah akan membawa pulang sijil, trofi dan insentif daripada kerajaan.

Beliau turut melahirkan rasa puas hati kerana pertanding­an mencipta logo dan tema Hari Belia kali ini mendapat sambutan memberangs­angkan dengan masing-masing menerima lebih kurang 70 penyertaan.

Bagi pertanding­an mencipta logo ia dimenangi se- orang belia dari Limbang sementara tema dimenangi dua peserta iaitu masing-masing seorang belia dari Kuching dan Bintulu.

“Kita juga mempelawa pelbagai lapisan masyarakat terutama golongan belia seluruh negeri dan kawasan sekitar Betong untuk hadir memeriahka­n Hari Belia.

“Antara objektif penganjura­n kita bukan sahaja mengiktira­f sumbangan belia tetapi mengetenga­hkan bakat mereka dalam pelbagai bidang,” tambah Karim.

Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang program termasuk Konsert Belia, Belia Idol, Pertanding­an Puteri Belia Millenia dan ‘Youth Strongman’ dan banyak lagi yang bermula pada 27 Oktober di Betong.

 ??  ?? UNTUK BELIA: Karim (tengah) bersama (dari kiri) Razi, Snowdan, Setiausaha Tetap Kementeria­n Datu Ik Pahon Joyik dan Rentap pada sidang media mengenai sambutan Hari Belia 2017 Peringkat Negeri, semalam.
UNTUK BELIA: Karim (tengah) bersama (dari kiri) Razi, Snowdan, Setiausaha Tetap Kementeria­n Datu Ik Pahon Joyik dan Rentap pada sidang media mengenai sambutan Hari Belia 2017 Peringkat Negeri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia