Utusan Borneo (Sarawak)

Perlu banyak peruntukan bina jalan pesisir

Kerajaan negeri berharap lebih banyak peruntukan akan disalurkan kepada Sarawak dalam Bajet 2018

-

MELUDAM: Kerajaan negeri berharap lebih banyak peruntukan akan disalurkan kepada Sarawak untuk membina jalan pesisir dalam Bajet 2018.

Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi berkata peruntukan itu akan digunakan bagi membina dan menaik taraf jalan pesisir.

“Diharap kerajaan pusat dapat memberi lebih peruntukan untuk kita (Sarawak) membina jalan-jalan pesisir selain menaik taraf jalan pesisir sedia ada.

“Sudah tentu kita ada Lebuh Raya Pan Borneo tetapi kawasan pesisir yang padat penduduk amat memerlukan jalan pesisir sebagai jalan penghubung,” kataya.

Menurutnya lebih 30 peratus penduduk negeri ini menetap di kawasan pesisir bermula dari Sematan hingga bahagian utara Sarawak.

Rakyat di kawasan pesisir katanya, juga merupakan penyokong kuat Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke Jalan Triso-Meludam semalam yang menurutnya amat perlu dibaiki dan dinaik taraf.

Hadir mengiringi beliau ialah Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Betong Mihan Jorai, Residen Samarahan Brahim Lumpu, Pegawai Tadbir Daerah Kecil Sebuyau Ajis Ahmad dan beberapa pegawai kanan kerajaan dari Samarahan.

Katanya kira-kira sembilan kilometer Jalan Triso-

Diharap kerajaan pusat dapat memberi lebih peruntukan untuk kita (Sarawak) membina jalan-jalan pesisir selain menaik taraf jalan pesisir sedia ada. Datuk Julaihi Narawi Menteri Muda Jalan Pesisir

Meludam perlu dibaiki dan kosnya masih dikaji.

“Kita perlukan maklum balas daripada JKR Betong kerana kawasan ini ( Jalan Triso-Meludam) di bawah JKR Betong,” katanya ketika ditanya mengenai kos dan panjang jalan perlu dibaiki.

Menurut beliau lagi, Ja- lan Triso-Meludam sudah berusia lebih 10 tahun dan menjadi laluan penghubung kedua pengguna dari utara dan selatan di Sarawak.

“Laluan yang perlu dibaiki itu kerap digunakan pengguna jalan raya termasuk kenderaan berat menyebabka­nnya rosak. Jadi ia perlu dibaiki,” tegasnya.

 ??  ?? PERLU DIBAIKI: Julai (empat kiri) bersama Mihan (tiga kiri) dan pegawai yang lain melawat bahagian Jalan Triso-Meludam yang rosak.
PERLU DIBAIKI: Julai (empat kiri) bersama Mihan (tiga kiri) dan pegawai yang lain melawat bahagian Jalan Triso-Meludam yang rosak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia