Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua masyarakat perlu yakinkan rakyat terus sokong kerajaan

-

MIRI: Ketua masyarakat dan kaum termasuk tuai rumah panjang diminta memainkan peranan meyakinkan rakyat di bawah pentadbira­nnya terus memberi sokongan kepada kerajaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) kelak.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi berkata bagi memastikan kerajaan sedia ada dan kementeria­n dapat meneruskan agenda kemajuan di kampung, khusus di negeri ini, sokongan padu rakyat peringkat akar umbi, amat penting agar kepimpinan kerajaan sedia ada dapat dipertahan­kan.

“Justeru, selaku pemimpin tertinggi di peringkat kampung, saya menyeru ketua kaum dan ketua masyarakat supaya memainkan peranan mereka dalam meyakinkan rakyat untuk terus memberi sokongan penuh kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.

“Ia adalah penting bagi memastikan agenda pembanguna­n yang kita rancang dapat dijayakan untuk manfaat semua rakyat,” ujarnya sambil menambah kata, sokongan padu itu kelak akan memastikan rakyat dan kerajaan BN dapat merealisas­ikan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada 2020.

Jelasnya, seterusnya rakyat menjadi masyarakat berdaya tahan dan bersaing bagi menjayakan Transforma­si Nasional (TN) 2050.

Nanta berkata peranan sama turut dimainkan semua setiausaha politik di setiap kawasan sama ada Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam memikul tanggungja­wab bagi menjamin kejayaan dasardasar yang dilaksanak­an kerajaan.

Beliau memberitah­u demikian semasa berucap pada Majlis Penutupan Program Sijil Tadbir Urus Desa IN- FRA-UniKL Fasa 2, Zon Sarawak, yang berlangsun­g di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Program tersebut dibangun Institut Kemajuan Desa (INFRA) di bawah Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dengan kerjasama dan menggunaka­n kepakaran Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

Dalam ucapannya juga, Nanta turut menggesa kepimpinan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) supaya memberi perhatian terhadap sasaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengenal pasti kehendak penduduk kampung.

“Pada masa sama anda perlu bertindak memperbetu­l persepsi penduduk kampung terhadap kerajaan dalam era ‘ peperangan politik’ oleh pihak tidak bertanggun­gjawab, dengan memahami fakta yang betul tentang isu semasa supaya kerajaan tidak menjadi mangsa permainan politik,” jelasnya.

Alexander juga mahu kepimpinan JKKK menyelidik terlebih dahulu berita yang disebarkan melalui media sosial dan pada masa yang sama tahu menggunaka­n media baharu itu untuk menghadapi dimensi baharu dalam era memerangi persepsi tidak benar.

“Akhir sekali, JKKK perlu berfikiran waras dalam memohon sesuatu kepada kerajaan dan memahami bahawa untuk membangunk­an sesebuah negara, kerajaan perlu mengambil masa dan menghadapi pelbagai cabaran,” katanya.

Beliau yakin jika JKKK memberi perhatian terhadap perkara di atas maka mereka dapat menentukan hala tuju kemajuan desa ke tahap lebih baik pada masa akan datang.

“Kesungguha­n anda menghadiri Program Sijil Tadbir Urus Desa ini merupakan komitmen awal ke arah perubahan masa depan untuk pembanguna­n kampung yang lebih cemerlang,” katanya.

Turut hadir Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak- Kanak Rosey Yunus, Pengarah INFRA Datuk Rubiyah Abdul Rahman, Pengarah Pusat Pembanguna­n Ekonomi Luar Bandar UniKL Profesor Sulaiman Sajilan serta wakil Pengarah Unit Pentadbira­n Jabatan Ketua Menteri Norlela Jarnie.

 ??  ?? APA KHABAR?: Nanta bersalaman dengan salah seorang peserta Program Sijil Tadbir Urus Desa INFRA-UniKL Fasa 2, Zon Sarawak di Miri semalam.
APA KHABAR?: Nanta bersalaman dengan salah seorang peserta Program Sijil Tadbir Urus Desa INFRA-UniKL Fasa 2, Zon Sarawak di Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia