Utusan Borneo (Sarawak)

Abg Johari rasmi pembukaan Bandar Baharu Sebuyau pada 2 November

-

SEBUYAU: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg akan merasmikan pembukaan Bandar Baharu Sebuyau pada 2 November depan.

Semalam Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi melakukan lawatan dan memeriksa tapak bagi majlis tersebut.

Turut mengiringi beliau Residen Samarahan Brahim Lumpu, Pegawai Tadbir Sarawak Sebuyau Ajis Ahmad dan pegawai-pagawai kanan kerajaan dari Samarahan dan Simunjan.

Bandar Baharu Sebuyau akan mengubah Sebuyau dengan banyak projek sedang dirancang.

Antara projek tersebut ialah sebuah klinik bernilai RM12.4 juta serta masjid dengan fasa I dan fasa II yang menelan kos melebihi RM4 juta.

Bandar baharu itu juga dijangka mempunyai estet perindustr­ian mini, kawasan perumahan di mana kirakira 240 unit Rumah Mesra Rakyat akan dibina, bangunan komersil serta bangunan untuk agensi dan jabatan kerajaan.

Selepas lawatan itu, Julaihi merasmikan Hari Sukan Sekolah Kebangsaan ( SK) Raba.

Dalam ucapannya pada majlis itu, Julaihi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau berkata rakyat harus berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) atas rangkaian jalan raya yang baik dinikmati rakyat.

Beliau turut menyebut mengenai Jambatan Batang Sadong yang tidak pernah diimpikan rakyat di situ.

Sehubungan ini, beliau menasihati rakyat agar terus menyokong BN serta jabatan dan agensi kerajaan.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan akan terus membina jalan pesisir pantai dan jambatan untuk menyeberan­gi sungai di negeri ini.

“Di bawah kepimpinan Abang Johari sekarang, kerajaan akan terus mengubah kawasan luar bandar dan pesisir pantai,” katanya.

Julaihi juga berkata beliau akan terus membantu Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG) di Sebuyau, yang menurutnya dapat membantu memperbaik­i prestasi akademik kanak-kanak sekolah di situ.

Beliau turut meluahkan rasa gembira melihat prestasi akademik sekolah dalam kawasannya meningkat sejak sekian lama.

“Pelajar dari sekolah dalam konstituen­si Sebuyau turut cemerlang dalam kokurikulu­m,” katanya.

Julaihi kemudian mengumumka­n peruntukan sebanyak RM10,000 untuk PIBG SK Raba bagi tahun akan datang.

 ??  ?? PANTAU: Julaihi (dua kiri) bersama Brahim (tujuh kiri) dan pegawai lain memeriksa tapak majlis perasmian Bandar Baharu Sebuyau.
PANTAU: Julaihi (dua kiri) bersama Brahim (tujuh kiri) dan pegawai lain memeriksa tapak majlis perasmian Bandar Baharu Sebuyau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia