Utusan Borneo (Sarawak)

PGPNT komersialk­an produk Sarawak ke Semenanjun­g

Sarawak mempunyai banyak produk berpotensi dipasarkan di negeri-negeri Semenanjun­g Malaysia

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Persatuan Gabungan Permotoran Negeri Terengganu (PGPNT) berhasrat membantu mengkomers­ial produk menarik negeri Sarawak ke Semenanjun­g.

Setiausaha­nya Othman Endut berkata Sarawak mempunyai banyak produk yang berpotensi untuk dipasarkan di negeri-negeri Semenanjun­g Malaysia.

“Difahamkan Sarawak mempunyai pelbagai jenis barangan kraf tangan pelbagai etnik dan ini sesuatu yang begitu menarik untuk dikomersia­lkan kepada orang ramai.

“Melalui konvoi motosikal berkuasa tinggi diadakan di Borneo ini, kami berpeluang mencari rakan strategik dalam perniagaan dan keusahawan­an untuk bertukar pendapat bagi manfaat bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual Utusan Borneo di sebuah hotel di pusat bandar, di sini kel- marin.

Seramai 18 ahli PGPNT tiba di Miri kelmarin menggunaka­n pelbagai jenis motosikal berkuasa tinggi dalam program Borneo Ride 2017 yang julung kali diadakan.

Konvoi bermula di Sabah pada 25 September telah singgah di Brunei pada 10 Oktober, seterusnya ke Miri kelmarin sebelum kumpulan ini meneruskan perjalanan ke Sibu dan berakhir di Kuching pada 16 Oktober ini.

Kumpulan ini dijangka menyertai Kuching Internatio­nal Bike Week 2017 (KIBW2017) pada Jumaat dan Sabtu ini.

Othman berkata PGPNT juga dalam rangka mempromosi Terengganu Bike Week 2018 (TBW2018) yang dijangka diadakan pada 29 Mac hingga 1 April tahun depan.

“Di setiap bahagian kami berhenti, kami akan berjumpa penunggang motosikal berkuasa tinggi dan menjemput mereka menyertai TBW2018.

“Harapan saya agar setiap negeri dilawati ini dapat menghantar sekurangku­rang 20 peserta bagi menyertai acara berkenaan kelak,” katanya.

Beliau berkata beberapa persatuan permotoran di beberapa bahagian ada menyatakan kesudian mereka untuk menyertai TBW tahun depan.

Jelas beliau, selain berkonvoi beramai-ramai, secara tidak langsung mereka membantu mempromosi­kan Tahun Melawat Terengganu (TMT) bagi tahun ini dan tahun depan.

“Terengganu menawarkan pelbagai produk pelanconga­n seperti pantai yang menarik, kraf tangan dan makanan.

“Terbaharu, Terengganu kini memiliki Zon Bebas Cukai di Tasik Kenyir di mana pelancong dapat membeli-belah barangan dengan harga yang murah dan berpatutan,” katanya.

Hadir sama menyambut ketibaan konvoi berkenaan kelmarin adalah Pengerusi Koperasi Semangat 99 Miri Berhad ( Kosem99) Wan Fauzi Wan Ahmad bersama Setiausaha­nya Mohd Amin Abdul Rahman dan ahli koperasi yang lain.

Difahamkan Sarawak mempunyai pelbagai jenis barangan kraf tangan pelbagai etnik dan ini sesuatu yang begitu menarik untuk dikomersia­lkan kepada orang ramai. Othman Endut Setiausaha PGPNT

 ??  ?? DENGAR: Dr Kamarudin (dua kanan) mendengar penerangan mengenai peralatan penjagaan luka semasa melawat gerai pameran pada seminar itu. Turut kelihatan Dr Chin (tiga kanan).
DENGAR: Dr Kamarudin (dua kanan) mendengar penerangan mengenai peralatan penjagaan luka semasa melawat gerai pameran pada seminar itu. Turut kelihatan Dr Chin (tiga kanan).
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Wan Fauzi (depan, kiri) dan Othman (depan, dua kiri) bergambar bersama ahli Kosem99 dan PGPNT semasa ketibaan konvoi berkenaan di Miri kelmarin.
UNTUK ALBUM: Wan Fauzi (depan, kiri) dan Othman (depan, dua kiri) bergambar bersama ahli Kosem99 dan PGPNT semasa ketibaan konvoi berkenaan di Miri kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia