Utusan Borneo (Sarawak)

SMK Lopeng Tengah, Miri dinobat naib juara TEY 2017

-

SHAH ALAM: Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Lopeng Tengah, Miri mencipta sejarah sekali lagi apabila dinobatkan sebagai naib juara Toyota Eco Youth ( TEY) 2017 pada Majlis Penutupan Pameran dan Persidanga­n TEY 2017 yang dianjurkan oleh UMW Toyota sekali gus melayakkan sekolah berkenaan membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000.

SMK Lopeng Tengah turut memenangi kategori Laman Web Terbaik dan Pameran Terbaik yang setiap kategori bernilai RM1,000.

Program TEY dianjurkan UMW Toyota Motor sejak 2001 sebagai komponen utama program tanggunjaw­ab sosial korporat (CSR) dan dianjurkan dengan kerjasama Kementeria­n Pendidikan bertujuan menggalak pelajar memberi idea penjagaan alam sekitar untuk manfaat sekolah dan komuniti terdekat.

Pertanding­an tahunan kali ke-16 itu sentiasa berlainan konsep dan tahun ini bertemakan ‘Penguranga­n Kesan Karbon’.

Pada tahun ini, pertanding­an tersebut diadakan bermula 26 Februari hingga 12 Oktober dan kriteria penilaian dibuat berdasarka­n beberapa peringkat iaitu penilaian di lokasi, blog, Facebook, persembaha­n pembentang­an dan pameran.

Juara TEY 2017 disandang SMK Raja Perempuan, Ipoh, Perak dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 manakala tempat ketiga pula dimenangi SMK Balai Besar, Dungun, Terengganu.

Majlis penyampaia­n hadiah ini disampaika­n Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanath­an.

Turutdiken­alidengann­ama Toyota Eco Rangers, SMK Lopeng Tengah pernah menjuarai pertanding­an ini pada 2013.

Toyota Eco Rangers melaksanak­an dua projek untuk mengurangk­an jejak karbon atau ‘carbon footprint’ yang mengandung­i karbon dioksida dan karbon lain daripada pembakaran minyak fosil oleh individu atau kumpulan.

Toyota Eco Rangers menjadikan BEM On The Rock Church sebagai tapak projek untuk mengkaji penjimatan penggunaan elektrik dan air.

Guru petugas Bong Min Chaw, berkata walaupun hanya mendapat tempat kedua namun ia sangat bermakna buat sekolah mereka.

“Saya bersyukur walaupun sekolah kami hanya mendapat tempat kedua tetapi sekurang-kurangnya hasil penat lelah pelajar saya terbayar.

“Pada masa yang sama mereka mempelajar­i ilmu dan kemahiran baharu,” katanya ketika ditemui wartawan Utusan Borneo pada Majlis Penutupan TEY di sebuah hotel di Shah Alam.

 ??  ?? TAHNIAH: Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanath­an (sembilan kiri) menyampaik­an hadiah naib juara kepada SMK Lopeng Tengah.
TAHNIAH: Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanath­an (sembilan kiri) menyampaik­an hadiah naib juara kepada SMK Lopeng Tengah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia