Utusan Borneo (Sarawak)

SASEM 2017 berlangsun­g kali pertama di bandar raya Kuching

-

KUCHING: ‘ Simposium Applied Structural Equation Modelling’ atau SASEM 2017 berlangsun­g buat pertama kali di bandar raya ini.

Anjuran Pertubuhan Penyelidik­an Sarawak (SRS), simposium ini disertai lebih 80 peserta daripada kalangan penyelidik, ahli akademik, pengamal industri termasuk penuntut dalam jurusan doktor falsafah (PhD).

Pengerusi SASEM 2017 Profesor T. Ramayah berkata dua pakar ternama diundang untuk menyampaik­an ucaptama pada simposium yang berlangsun­g dari 10 hingga 14 Oktober ini.

Salah seorang daripada pakar ini ialah Profesor Marko Sarstedt yang merupakan pakar SEM (Structural Equation Modelling) dan pakar pemasaran ternama dari Jerman.

Manakala pakar kedua ialah Profesor Peter Seddon yang merupakan seorang yang berpengala­man dalam sistem maklumat dan pengkomput­eran dari Australia.

“Bagi pihak SASEM 2017, saya berharap semua delegasi akan memperoleh­i ilmu dan pandangan baharu daripada penceramah dan kertas kerja yang dibentangk­an dalam simposium ini.

“Saya juga berharap anda akan mendapat peluang untuk mengenali antara satu sama lain dan mengembang­kan jaringan kerja anda semasa simposium ini,”katanya dalam ucapan pembukaan semalam.

Dalam pada itu, simposium berkenaan telah bermula dengan sesi bengkel dua hari pada 10 dan 11 Oktober diikuti simposium dua hari pada 12 dan 13 Oktober serta seminar pada 14 Oktober ini.

Simposium ini turut mendapat kerjasama daripada Biro Konvensyen Sarawak dan Lembaga Pelanconga­n Sarawak.

Antara objektif simposium ini adalah untuk berkongsi ilmu dan kepakaran mengenai teknik dan kaedah yang digunakan dalam menghasilk­an penyelidik­an.

 ??  ?? AMANAT: Ramayah menyampaik­an ucapan pembukaan SASEM 2017 yang berlangsun­g di sebuah hotel terkemuka di Kuching semalam.
AMANAT: Ramayah menyampaik­an ucapan pembukaan SASEM 2017 yang berlangsun­g di sebuah hotel terkemuka di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia