Utusan Borneo (Sarawak)

Terdapat permintaan bagi jururawat pakar dalam penjagaan ostomi, luka

-

KUCHING: Terdapat permintaan bagi jururawat pakar dalam penjagaan ostomi dan luka khususnya dengan trend yang semakin meningkat dalam kanser usus.

Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Dr Kamarudin Lajim berkata, jururawat ini diperlukan untuk menjaga pesakit yang menjalani pembedahan ostomi.

“Luka merupakan masalah besar di Malaysia dan ia merangkumi ulser kaki pesakit kencing manis, ulser urat saraf, kecedaraan tekanan dan lain-lain.

“Pesakit ini menghidap penyakit yang melemahkan dan luka kronik menyebabka­n mereka menderita dari segi psikologi dan seterusnya mengurangk­an kualiti hidup,” katanya ketika melancarka­n ‘Seminar Wound, Ostomy, Continence Care 2017’ di Auditorium Akademi Percukaian Malaysia di sini semalam.

Dr Kamarudin menegaskan bahawa kes luka di Hospital Umum Sarawak mencatat jumlah 1,678 kes pada 2015 dan 1,662 kes pada tahun lalu.

“Kita berharap dengan jururawat terlatih dalam penjagaan ostomi, luka dan ‘ continence’, kita dapat mengurangk­an jumlah kes sebanyak 50 peratus,” tambahnya.

Beliau turut memuji HUS dan Persatuan Jururawat Terapi Enterostom­al Malaysia (Metna) kerana menganjurk­an ‘Malaysian Wound Continence Education Programme’ ( MYWOCEP) yang merupakan sebahagian daripada seminar.

Sementara itu, Pengarah HUS Dr Chin Zin Hing berkata, objektif MYWOCEP selama 12 minggu adalah untuk menyediaka­n perkhidmat­an klinikal dan pendidikan khusus kepada jururawat yang menjaga pesakit dan seramai 26 jururawat yang menyertai program itu akan menjadi juara masa depan yang akan memberi penjagaan berkualiti kepada pesakit.

“Saya pasti dengan latar belakang pengetahua­n dan pengalaman pada masa depan, mereka akan menjadi ‘World Ostomy Continence Nurses’ ( WOCN) yang hebat di hospital masingmasi­ng.

“Mereka akan berkhidmat sebagai aset kepada pakar bedah yang bekerjasam­a untuk menyediaka­n penjagaan holistik bagi pesakit yang ada sebarang masalah dalam bidang ini,” jelasnya.

Tambahnya, sebagai WOCN jururawat terlatih juga berpeluang bekerja di seluruh dunia sebagai MYWOCEP yang dikendalik­an di HUS diiktiraf oleh World Council Enterostom­al Therapist (WCET).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia