Utusan Borneo (Sarawak)

Pesta Pelanconga­n Sukan Nelayan promosi produk Kampung Awat-Awat

-

LAWAS: Perkampung­an nelayan Awat-Awat di daerah ini bakal menjadi tumpuan dengan penganjura­n pelbagai aktiviti menarik sempena Pesta Pelanconga­n Sukan Nelayan Kampung Awat-Awat yang bakal diadakan selama dua hari pada 21 dan 22 Oktober ini.

Pengerusi Induk pro- gram Kaunselor Rosli Hidup@Tuah berkata Pesta Pelanconga­n Sukan Nelayan Kampung Awat-Awat diperkenal­kan buat pertama kalinya dalam mempromosi­kan sekali gus menyokong pelanconga­n kampung nelayan itu.

“Pesta Pelanconga­n Sukan Nelayan Kampung Awat- Awat akan memperkena­l kampung nelayan mengenai keindahan sosiobuday­a selain memupuk perpaduan antara belia di Lawas,”katanya kepada media semalam.

Rosli berkata lagi program itu bersesuaia­n dengan identiti Kampung Awat-Awat yang mempunyai produk pelanconga­n tersendiri yang mampu menarik kemasukan pengunjung tempatan dan luar.

Sementara itu Timbalan Pengerusi Hari Motor Awat- Awat ( Awat- Awat Motor Day, AAMD) Mohd Sarifurriz­al Ahmad, aktiviti permotoran akan menjadi tumpuan pada program tersebut dalam menghim- punkan peminat dan kelab bermotor di Awat-Awat dan sekitarnya.

Mohd Sarifurriz­al berkata aktiviti permotoran itu dapat mendorong belia dengan aktiviti sihat dan mempromosi kempen belia benci dadah.

“Sukan permotoran yang diperkenal­kan juga dapat menarik belia kepada ak- tiviti sihat dan memberi manfaat.

“Pada masa sama program ini juga akan memperkena­lkan kelab permotoran sedia ada iaitu Awat-Awat Riders Club (AARC) kepada kelab permotoran yang ada di Lawas dan ke peringkat lebih tinggi,”tambahnya.

Pelbagai aktiviti lain di- adakan termasuk pertanding­an aksesori motosikal, bunyian ekzos motor besar dan pertanding­an kereta (autoshaw) yang bakal menggegark­an kampung itu nanti pada 22 Oktober (Ahad).

Turut diadakan adalah pertanding­an karaoke bikers yang akan diadakan pada 21 Oktober (Sabtu).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia