Utusan Borneo (Sarawak)

JPJ lancar Ops Sisih menjelang musim perayaan

-

KUCHING: Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) akan melancarka­n Ops Sisih untuk dilaksanak­an pada setiap kali menjelang musim perayaan, bermula pada November dan Disember tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan JPJ Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata operasi tersebut adalah khusus ke atas semua pemandu bas ekspres bagi memastikan mereka bebas daripada sebarang kesalahan lalu lintas dan tidak mempunyai saman tertunggak sama ada dengan polis atau JPJ.

“Pelaksanaa­n Ops Sisih akan membantu menjamin keselamata­n dan keselesaan penumpang serta pengguna jalan raya yang lain menjelang musim perayaan dan ia akan dimulakan sebelum Hari Krismas termasuk musim cuti persekolah­an akhir tahun ini dan perayaan Tahun Baharu Cina pada awal tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah JPJ Cawangan Kuching dan Samarahan di ibu pejabat JPJ Sarawak di sini, semalam.

Hadir sama Timbalan Pengarah SPRM Sarawak Zulhairy Zaidel, Pengarah Integriti JPJ Malaysia Jamil Mohd Dahalan dan Pengarah JPJ Sarawak Shafiq Anas Abdullah.

Selain itu, Uzir berkata JPJ juga sedang melaksanak­an Ops Tutup dengan memberi tumpuan penguatkua­saan ke atas kenderaan barangan yang membawa muatan berlebihan khususnya lori yang membawa batu, pasir, tanah dan bahan binaan.

“Tujuan ops ini adalah bagi memastikan pemandu dan kenderaan yang digunakan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan seperti tidak membawa muatan lebih dan pemandu mempunyai lesen memandu yang sah,” katanya.

Menurut beliau, tumpuan penguatkua­saan Ops Tutup adalah di sekitar tempat dan kawasan pengeluara­n bahanbahan binaan seperti kuari atau pusat pengumpula­n.

Tambahnya, operasi itu dijalankan secara statik dengan menempatka­n pasukan penguat kuasa di laluan-laluan utama termasuk menggunaka­n mesin timbang mudah alih di samping menggunaka­n kemudahan yang terdapat di stesen penguatkua­saan JPJ yang berdekatan.

Katanya sejak dimulakan dalam tempoh 2 hingga 8 Oktober ini, sebanyak 15,405 kenderaan telah diperiksa dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 8,321 kesalahan dikesan dan sebanyak 5,594 saman telah dikeluarka­n kepada pemandu dan pemilik kenderaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia