Utusan Borneo (Sarawak)

Sistem perparitan baharu jejas sawah padi

Pemilik sawah berhampira­n Rumah Chabu tidak dapat kerjakan sawah ditenggela­mi air

- Oleh Reno Benjamin

SIBU: Pemilik sawah padi berhampira­n Rumah Chabu, Tanjung Penasu tidak dapat mengerjaka­n sawah mereka selepas ia ditenggela­mi air sejak sebulan lepas.

Seorang penduduk, Nicholas Renang mendakwa, sawah itu ditenggela­mi air berpunca daripada sistem perparitan jalan baharu yang dibina di situ.

“Kami percaya masalah ini berpunca daripada sistem perparitan jalan menyebabka­n air tidak dapat mengalir keluar ke sungai berhampira­n,” ujarnya.

Nicholas mendakwa disebabkan masalah itu, ada pemilik sawah tidak dapat menanam padi manakala bagi yang telah menanam padi, rata-rata anak padi tidak dapat tumbuh.

Beliau juga memberitah­u, sebelum kerja pembinaan jalan baharu itu, masalah seperti itu jarang berlaku walaupun

Kami percaya masalah ini berpunca daripada sistem perparitan jalan menyebabka­n air tidak dapat mengalir keluar ke sungai berhampira­n. Nicholas Renang Penduduk Rumah Chabu

ketika musim hujan.

“Namun kini, sawah padi ini ditenggela­mi air lebih kurang setengah meter sejak sebulan lepas.

“Kami mohon pihak berkenaan memberi perhatian terhadap masalah yang dihadapi pemilik sawah ini,” katanya.

Dalam pada itu, Nicholas juga menyeru pihak berwajib memberi perhatian terhadap sistem perparitan serta rumput yang panjang di bahu jalan.

Beliau memberitah­u rumput tersebut sudah lama tidak di- potong manakala parit di tepi jalan dipenuhi rumput serta tidak dibersih.

“Sebelum ini rumput dipotong dan parit ini dibersihka­n sebulan sekali,” jelasnya sambil menambah, rumput tersebut telah mula memenuhi bahu jalan.

 ??  ?? TENGGELAM: Sawah padi milik penduduk yang ditenggela­mi air kerana tidak dapat mengalir keluar.
TENGGELAM: Sawah padi milik penduduk yang ditenggela­mi air kerana tidak dapat mengalir keluar.
 ??  ?? PANJANG: Keadaan rumput yang tumbuh serta memenuhi bahu jalan menuju ke Rumah Chabu.
PANJANG: Keadaan rumput yang tumbuh serta memenuhi bahu jalan menuju ke Rumah Chabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia