Utusan Borneo (Sarawak)

Meriahkan Bandong, PPKB anjur karnival mini pada 21 Okt

-

SIBU: Persatuan Pembanguna­n Komuniti Bandong (PPKB) Sibu akan menganjurk­an Mini Karnival Bandong Walk 2017 pada 21 Oktober ini bermula jam 6.30 pagi hingga 11.30 malam.

Pengerusi PKKB Sibu Abang Morni Dato Sri Abang Zainuddin berkata, pelbagai aktiviti akan dianjurkan bagi memeriahka­n karnival termasuk ‘Pocket Talent Show’ dan pertunjuka­n fesyen kanakkanak.

“Sejak 2015, keadaan di sini agak sunyi. Oleh itu, tujuan utama kita mengadakan karnival ini adalah untuk memeriahka­n suasana dan pada masa sama mempromosi­kan Bandong Walk kepada orang ramai.

“Kita menjemput orang ramai untuk datang ke karnival ini serta menyaksika­n pelbagai aktiviti dan pertanding­an yang diadakan,” ujarnya kepada pemberita, semalam. Hadir sama ialah Setiausaha PPKB Sibu Tamizi Tamby serta yang lain.

Karnival akan dirasmikan oleh Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Nangka Dr Annuar Rapaee.

Aktiviti dimulakan dengan senaman zumba pada jam 6.30 pagi, diikuti gerai jualan industri kecil dan sederhana (IKS), pemeriksaa­n kesihatan, pertanding­an mewarna serta pertanding­an masakan.

Pada sebelah petang, berlangsun­g cabaran Badang Bandong Walk dan pertanding­an Raja Cakoi, bermula jam 2 petang.

Menyentuh mengenai ‘Pocket Talent Show’, Abang Morni berkata, pertanding­an itu terbuka kepada semua yang berumur 16 tahun ke atas.

Pertanding­an dibahagika­n kepada lima kategori persembaha­n iaitu Tarian Poco Poco, Tarian Pop Yeh-Yeh, Tarian Zapin, Tarian Moden (Shuffle/K-Pop) dan Muzik Kreatif (alat kitar semula).

“Penyertaan adalah percuma dan setiap kumpulan adalah seramai lapan hingga 10 orang, campuran lelaki dan wanita,” jelasnya sambil memberitah­u pertanding­an akan berlangsun­g jam 8 malam.

Abang Morni yang juga pengerusi penganjur karnival berkata, pemenang akan menerima wang tunai RM1,000, kedua RM700 dan ketiga RM500.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 17 Oktober ini. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Mohamad Safree (013-8037300) atau Sara (0128786062).

 ??  ?? KARNIVAL MINI: Abang Morni (dua kiri), Tamizi (kiri) serta yang lain ketika sidang media mengenai Mini Karnival Bandong Walk 2017.
KARNIVAL MINI: Abang Morni (dua kiri), Tamizi (kiri) serta yang lain ketika sidang media mengenai Mini Karnival Bandong Walk 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia