Utusan Borneo (Sarawak)

Pelbagai acara sempena Hari Sukan Negara peringkat negeri di Bintulu

-

BINTULU: Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Sarawak akan dilangsung­kan di Astaka Dewan Suarah Bintulu pada Sabtu dan Ahad ini (14 dan 15 Oktober) dengan membabitka­n penyertaan penduduk setempat dalam 20 acara dianjur.

Perasmian akan disempurna­kan Menteri Muda Belia dan Sukan Datuk Snowdan Lawan jam 7.30 pagi 14 Oktober.

Sebanyak 20 acara dianjurkan dengan acara ikonik adalah larian 10 kilometer, berbasikal ( Fun Ride) 21 kilometer dan Kids Ride, Aerobik Perdana serta Aerobathon termasuk sukan tradisiona­l, Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah, PS4 FIFA17, kem bakat memanah ATMA dan sebagainya serta beberapa aktiviti melibatkan penyertaan agensi kerajaan dan swasta.

Acara aerobik akan diadakan pada jam 7 pagi hingga 12 tengah hari 14 Oktober di hadapan Astaka Dewan Suarah Bintulu dan sekiranya hujan, acara terbabit akan di- adakan di ruang legar Dewan Suarah Bintulu.

Mereka mendaftar diri menyertai Aerobik Perdana sebelum jam 7 pagi berpeluang menyertai sesi cabutan bertuah dengan hadiah menarik yang ditawar adalah motosikal Modenas MR1 bernilai RM5,000, jam tangan sukan Garmin Forerunner GPS bernilai RM2,500, jam pintar Garmin Vivoactive HR bernilai RM1,200 dan banyak lagi hadiah menarik merangkumi lebih daripada 50 hadiah keseluruha­nnya boleh dimenangi peserta.

Program itu dijangka akan diserikan dengan kehadiran atlet negara terdiri daripada atlet terjun negara, Pandelela Rinong, Traisy Vivien dan Loh Jack Chang.

Acara khas yang turut diadakan dari jam 5 petang 14 Oktober hingga jam 5 petang 15 Oktober adalah `24 hours Running Challenge’ dan semua yang berminat dipelawa menyertain­ya sama ada untuk larian, joging (lari perlahan) atau berjalan kaki dengan keseluruha­n jarak larian itu akan dikira.

Penganjura­n Hari Sukan Negara diadakan di seluruh 11 bahagian di Sarawak dengan sasaran keseluruha­n penyertaan ialah 30,000 peserta.

Program anjuran Pejabat Residen Bahagian Bintulu, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu dan Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan Negeri Sarawak itu adalah untuk menggalak penyertaan rakyat Malaysia dalam kegiatan sukan, memupuk gaya hidup sihat dan membudayak­an sukan dalam kehidupan harian.

Selain itu ia juga untuk mengurangk­an masalah sosial, menerap nilai murni, menyatukan rakyat berbilang kaum serta melahirkan bakat-bakat baharu dalam bidang sukan berkaitan sekali gus akan membantu memilih atlet terbaik untuk mewakili negara ke peringkat antarabang­sa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia