Utusan Borneo (Sarawak)

PMBOA minta kerajaan mansuh penetapan kadar tambang bas ekspres

-

satu sistem ( pemantauan harga) yang telah diguna pakai sebelum ini dan diberi kepada pemberita selepas merasmikan FOK peringkat Pahang di sini semalam. Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Temerloh yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n dan Kebudayaan negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin.

Hamzah berkata aplikasi berkenaan boleh dimuat turun menerusi ‘playstore’ di telefon bimbit masing-masing, dan ia kini dalam proses kemas kini pada peringkat akhir sebelum pelancaran­nya dilakukan awal bulan depan.

Pada masa yang sama, beliau berkata jumlah keang- gotaan FOK setakat ini, mencecah 805,000 orang sejak ia dilancarka­n Mei lalu.

“Pahang merupakan negeri ke-11 yang kita adakan pelancaran FOK dan kita menyasarka­n menjelang hujung tahun ini, jumlah keanggotaa­n akan meningkat sehingga sejuta orang.

“Bagi setiap kawasan parlimen, kita akan melantik seorang pengerusi yang membentuk jawatankua­sanya sendiri dan FOK ini akan membantu pegawai pemantau harga dengan menyalurka­n apa sahaja in- formasi berkaitan termasuk kedai menjual barangan dengan harga rendah untuk dijadikan kedai harga patut dan dimasukkan dalam aplikasi.

“Perlu diingat, kementeria­n hanya mempunyai anggota penguat kuasa seramai 2,600 orang di seluruh negara tetapi diharap dengan lebih 800,000 bantuan ‘tentera’ FOK ini, peniaga yang melanggar undang-undang juga perlu lebih berhati-hati dan berhemah untuk mengelak mereka dikenakan tindakan,” katanya. — Bernama MELAKA: Persatuan Pengusaha-Pengusaha Bas SeMalaysia (PMBOA) meminta kerajaan memansuhka­n penetapan kadar tambang bas ekspres bagi membantu operator menyediaka­n perkhidmat­an lebih baik selain memastikan industri bas di negara ini berkembang dengan pesat.

Presiden PMBOA Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata sebaliknya, operator bas dibenarkan mengenakan tambang lebih fleksibel terhadap perkhidmat­an yang ditawarkan mereka selaras dengan keperluan semasa serta memberi pilihan kepada pengguna memilih perkhidmat­an terbaik.

“Kali terakhir kenaikan tambang bas ekspres adalah pada Mei 2013 iaitu pada kadar 9.3 sen bagi setiap kilometer dan kita telah berulang kali memohon kerajaan untuk melihat perkara ini namun sehingga kini tiada respons positif diperoleh.

“Langkah deregulasi (tidak menetapkan) kadar tambang bas adalah penting pada masa kini kerana ia bukan sahaja membantu operator meneruskan perniagaan mereka tetapi pada masa sama pengguna dapat menikmati perkhidmat­an yang lebih baik,” katanya pada sidang akhbar di sini, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata operator bas ekspres sentiasa menghadapi kenaikan kos operasi berikutan kenaikan gaji pekerja, bahan bakar, alat ganti, tol dan pemasangan pelbagai alat keselamata­n di dalam bas.

Katanya selain itu, terdapat juga terminal bas yang telah diswastaka­n seperti di Melaka dan Johor yang mengenakan caj kepada operator bas bagi setiap bas yang memasuki terminal berkenaan.

Mohamad Ashfar berkata keadaan berkenaan turut menyebabka­n sebahagian pengusaha bas khususnya bas ekspres terpaksa mengecilka­n operasi mereka dan secara tidak langsung memberi impak negatif pada industri pengangkut­an awam negara.

Beliau berkata berdasarka­n rekod terkini, kira-kira 110 syarikat bas ekspres dan bas henti-henti di negara ini berdaftar di bawah persatuan itu.

Sementara itu, beliau berkata PMBOA turut memohon kerajaan agar menyediaka­n peruntukan khas untuk melahirkan lebih ramai pemandu bas ekspres bagi meringanka­n beban pengusaha bas ekoran bayaran yang tinggi sekitar RM5,000 untuk mendapatka­n lesen bagi seorang pemandu.

“Secara purata industri bas negara kekurangan kirakira 3,000 pemandu setiap tahun kerana pelbagai faktor antaranya pemandu bersara dan kegagalan mendapatka­n pemandu baharu ekoran harga lesen yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata kira- kira 3,000 bas ekspres dimiliki pengusaha di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak melibatkan 6,000 pemandu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? APA KHABAR: Rosmah bersalaman bersama pelajar-pelajar PERMATA Insan ketika hadir mempengeru­sikan Mesyuarat Panel Penasihat PERMATA Insan di Kolej PERMATA Insan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai semalam.
— Gambar Bernama APA KHABAR: Rosmah bersalaman bersama pelajar-pelajar PERMATA Insan ketika hadir mempengeru­sikan Mesyuarat Panel Penasihat PERMATA Insan di Kolej PERMATA Insan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia