Utusan Borneo (Sarawak)

Capai kejayaan bukan hanya melalui akademik, kata Sagah

-

BINTULU: Jalan mencapai kejayaan bukan hanya diperolehi melalui akademik malah dapat dicapai dalam bidang teknikal dan kemahiran terutama bagi memenuhi keperluan minyak dan gas yang semakin berkembang di negeri ini.

Menteri Muda Pembanguna­n Tanah Adat Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata, kebanyakan ibu bapa mahu anak berjaya dalam akademik tetapi ada laluan lain patut diberi perhatian bagi menghadapi kehidupan lebih baik pada masa depan.

Katanya calon yang berpotensi dan mahir dalam bidang teknikal diperlukan pelbagai sektor industri.

“Keperluan kemahiran dalam bidang teknikal perlu dilihat kembali oleh semua pihak memandangk­an kerajaan negeri menumpu perhatian lebih daripada sektor pertanian kepada industri,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Graduasi Pelajar Tingkatan 6 dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kidurong mewakili Menteri Bekalan Air dan Elektrik Luar Bandar Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom di Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina Bintulu di Jalan Tanjung Batu semalam.

Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah Bintulu Fred Entau dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Kidurong Rashid Seli.

Sagah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Tarat berkata, Bintulu merupakan tempat permulaan perkembang­an industri daripada sebuah perkampung­an nelayan kepada bandar industri minyak dan gas serta pelaksanaa­n Koridor Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE) yang menuntut semua pihak terutama generasi baharu bersedia memenuhi keperluan tenaga kerja dalam sektor industri terbabit.

“Tidak hanya keperluan dalam bidang pekerjaan biasa malah mesti memasuki bidang industri yang mampu mencapai tahap peringkat 4.0,” ujarnya.

Jelasnya, penekanan penting juga untuk meningkatk­an capaian Internet dengan tumpuan kepada ekonomi digital dalam usaha melonjak lagi perkembang­an ekonomi Sarawak.

Justeru katanya, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg mahu rakyat menyediaka­n diri menghadapi ekonomi digital apabila kerajaan negeri memperuntu­k RM1 bilion untuk meningkatk­an kemudahan Internet di negeri ini.

“Ia merupakan bidang digital untuk masa depan. Sekarang ini Sarawak masih lagi di peringkat 1.0 (manual), sedang berusaha untuk mencapai tahap 2.0 iaitu modenisasi seterusnya ke tahap 3.0 dan 4.0 membabitka­n penggunaan mesin moden tanpa memerlukan tenaga manusia seluruhnya,” jelasnya.

Pendekatan ini katanya, bukan sahaja bersesuaia­n melalui kawalan komputer dalam melakukan pelbagai bidang kerja dalam industri akan lebih selesa, menjimat kos dan menjadikan sektor industri berkembang dengan baik.

Beliau berkata, majlis graduasi semalam permulaan bagi pelajar memasuki bidang pendidikan sekali gus kecenderun­gan diri sebenar ingin dicapai.

“Kita mempunyai keupayaan berbeza misalnya juruteknik elektrik memperoleh­i pendapatan lebih daripada jurutera elektrik disebabkan bukan jurutera elektrik membaik pulih serta memasang sambungan bekalan elektrik di rumah tetapi juruteknik yang tanpa pengajian lanjut di universiti,” jelasnya.

Katanya tahap kemahiran juruteknik dalam bidang berkaitan lebih baik daripada pemegang ijazah dan perlu melihat kehidupan hari ini dalam pelbagai perspektif.

“Saya bukan ingin mematahkan semangat dan citacita pelajar tetapi kita perlu menghadapi realiti yang memerlukan kita melihat keadaan itu daripada hanya menumpu kepada akademik sahaja.

“Tidak semua orang memiliki keupayaan sama dalam akademik kerana ada yang mahir dalam sains teknikal, pengalaman hidup dan sebagainya yang diperlukan dalam komuniti seluruhnya,” tambahnya.

Manakala Pengetua SMK Kidurong Rosli Salleh menjelaska­n mengenai penekanan pihaknya dalam mendidik pelajar bukan sahaja menumpu kepada ilmu akademik tetapi ilmu dan pengalaman di luar bilik darjah yang menjurus kepada bidang kokurikulu­m dan sebagainya.

Katanya, SMK Kidurong telah melahir ramai pelajar cemerlang dalam pelbagai bidang lain antaranya sukan, inovasi dan sebagainya sehingga ke peringkat tertinggi termasuk menekankan kepada pencapaian pelajar pendidik khas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia