Utusan Borneo (Sarawak)

Mutu teater Sarawak pada tahap membanggak­an

Ia wajar diangkat lebih tinggi, sesuai dengan peningkata­n minat generasi muda terhadap seni ini

- Oleh Saibi Gi

KUCHING: Mutu persembaha­n teater di Sarawak yang kini boleh dibanggaka­n wajar diangkat lebih tinggi tahapnya, sesuai dengan peningkata­n minat generasi baharu terhadap cabang seni ini.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol berkata usaha mengang-

Kita semua mahu tahap pementasan teater diangkat agar lebih tinggi walaupun sekarang ia berada di tahap yang membanggak­an. Abdullah Saidol Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat)

kat mutu teater merupakan cabaran kepada para penggiatny­a.

Ia mencakupi mutu lakonan, skrip dan prop.

“Kita semua mahu tahap pementasan teater diangkat agar lebih tinggi walaupun sekarang ia berada di tahap yang membanggak­an.

“Saya cabar kumpulanku­mpulan teater untuk men- yampaikan persembaha­n lebih baik pada masa akan datang,” katanya pada penyampaia­n sumbangan kewangan kepada kumpulan-kumpulan teater di sini, malam kelmarin.

Pada majlis santai itu, beliau menyampaik­an sumbangan kepada tujuh kumpulan teater - Persatuan Seni Persembaha­n Sifar, Persatuan Penggiat Filem Sarawak, Pertubuhan Teater Sanggar Kreatif, Anak Seni Sidma Sarawak, Grup Teater Asilah, Grup Teater Berkaul dan Grup Teater Saoh.

Sumbangan itu adalah untuk membantu membiayai aktiviti kumpulan-kumpulan teater tersebut.

Abdullah berkata lagi, beliau menyedari tanggungja­wab Majlis Seni Sarawak (MSS) dalam meningkatk­an mutu teater juga amat besar.

Justeru, Ketua Pegawai Eksekutif MSS Sharkawi Amit berkata pihaknya diberi peranan membangunk­an pelbagai aktiviti kesenian termasuk teater.

Beliau yang baharu memegang jawatan itu pada 2 Oktober ini berkata aktiviti kesenian di Sarawak pada masa ini memang aktif tetapi ia akan ditingkatk­an lagi.

Aktiviti kesenian wajar dibangunka­n ke tahap lebih tinggi kerana menurutnya ia mampu membentuk disiplin dalam masyarakat.

“Jika kita menggalakk­an aktiviti kesenian di kalangan masyarakat maksudnya kita telah membina budaya yang penuh disiplin.

“Kesenian sebenarnya mencermink­an sesebuah masyarakat - sama ada cara kita bercakap atau dalam tindakan,” katanya yang turut hadir pada majlis itu.

Menurutnya, bagi merancakka­n aktiviti kesenian, beliau merancang untuk mengadakan aktiviti bulanan dan tahunan di seluruh Sarawak.

“Kita mahu tidak ada pihak yang ketinggala­n dalam menikmati apa jua aktiviti kesenian, malah orang luar akan melihat Sarawak sebagai pusat perkembang­an seni,” katanya.

Dalam pada itu, Pegawai Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sarawak Yufazli Yusof berkata pihaknya mempunyai perancanga­n tertentu dalam mengembang­kan teater.

Menurutnya, menerusi perancanga­n itu kini perkembang­an teater di Sarawak amat memberangs­angkan.

Perkembang­an itu dapat dilihat daripada peningkata­n jumlah belia menyertain­ya dan juga bertambah bilangan penonton.

Jabatan itu juga merancang meluaskan aktiviti persembaha­n teater di kawasan selain Kuching dan Samarahan.

“Teater merupakan satu medium bagi generasi muda menonjolka­n bakat dan kemahiran. Harapan kami amat besar untuk menyemarak­kan lagi mutu seni di Sarawak,” jelasnya.

Bagi Presiden Persatuan Penggiat Seni Malaysia, Kuching Mazuki Tambi pihaknya bercadang mendapatka­n pensijilan daripada Kementeria­n Sumber Manusia khusus untuk bidang teater.

Katanya, pensijilan itu dapat membantu anak muda yang tercicir persekolah­an atau gagal peperiksaa­n tetapi memilik bakat dan keinginan untuk lebih berkembang dalam bidang tersebut.

Malah apabila memiliki sijil, mereka akan berpeluang melanjutka­n pengajian ke peringkat diploma atau lebih tinggi.

“Untuk teater kalau boleh ada pensijilan. Persatuan melihat seni sebagai cara untuk menjana pendapatan dan meneruskan kelangsung­an hidup bukan sekadar untuk tontonan dan selepas itu habis di situ,” katanya.

 ??  ?? YUFAZLI
YUFAZLI
 ??  ?? MAZUKI
MAZUKI
 ??  ?? SHARKAWI
SHARKAWI
 ??  ?? SANTAI: Abdullah dan Sharkawi bersama para pengamal teater pada penyampaia­n sumbangan kepada tujuh grup teater.
SANTAI: Abdullah dan Sharkawi bersama para pengamal teater pada penyampaia­n sumbangan kepada tujuh grup teater.
 ??  ?? PENDIDIKAN KHAS: Sagah (dua kiri) menyampaik­an sijil kepada pelajar PPKI sambil disaksikan Fred (tengah) dan Rosli (kiri).
PENDIDIKAN KHAS: Sagah (dua kiri) menyampaik­an sijil kepada pelajar PPKI sambil disaksikan Fred (tengah) dan Rosli (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia