Utusan Borneo (Sarawak)

Peraturan tempatan, undang-undang di kawasan DUN Marudi akan diseragam

-

MIRI: Semua kawasan DUN Marudi akan mempunyai peraturan tempatan dan undang-undang yang sama bagi memastikan tiada perbezaan antara rumah panjang dan kawasan kampung.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil berkata, rumah panjang di Marudi mempunyai peraturan dan undang-undang sendiri iaitu mengenakan tindakan ke atas kesalahan dilakukan di kawasan mereka.

“Saya mahu menyeragam dan menyelaras peraturan serta undang-undang terbabit, dari segi budaya dan undangunda­ng dilaksanak­an di semua kawasan DUN Marudi.

“Kalau tidak sudah pasti ada masalah tertentu yang timbul. Oleh itu, untuk mengelak masalah, setiap peraturan dan undang-undang perlulah sama,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan khas dengan ketua- ketua masyarakat dan kaunselor Majlis Daerah Marudi di Majlis Bandaraya Miri di sini semalam.

Jelas ADUN Marudi itu, setiap rumah panjang mempunyai peraturan tindakan berbeza untuk kesalahan sama, tetapi apabila peraturan dan undangunda­ng diseragam maka setiap tindakan yang diambil akan disamakan.

Penguang turut mengingatk­an semua ketua masyarakat di kawasannya agar menjaga kelakuan masing-masing kerana mereka memainkan peranan sebagai ‘role model’ kepada penduduk setempat.

“Jaga kelakuan dan nama diri sendiri sebagai ketua masyarakat bukan sahaja di kawasan anda sendiri, malah di mana sahaja anda membawa diri,” tegasnya.

Kata Penguang, beliau mahu mendengar isu yang berkaitan keperluan rakyat di akar umbi melalui ketua masyarakat agar setiap masalah yang dihadapi dapat diambil tindakan segera oleh pihaknya.

Dalam perkembang­an lain, Penguang turut mengambil langkah bagi menangani isu penggabung­an sekolah kurang murid di Marudi.

“Di Beluru, terdapat tiga kawasan sekolah digabungka­n dan ini akan dilakukan dalam tiga fasa,” katanya.

Fasa pertama akan meli- batkan tiga sekolah iaitu SK Beluru Central, SK Sungai Biar dan SK Sungai Selepin.

“Kita turut telah mengadakan dialog bersama mengenai perkara tersebut baru-baru ini dan berasa gembira kerana kebanyakan pihak bersetuju –sekolah-sekolah terbabit dipusatkan di SK Beluru Central.

“Ini adalah untuk kebaikan semua. Dengan penggabung­an sekolah-sekolah ini nanti, kita dapat menumpukan tenaga dan sumbernya untuk membangunk­an kemudahan terbaik untuk murid termasuk menyediaka­n asrama.

“Pada masa sama, kita juga dapat memaksimum­kan kepakaran guru terlibat,” katanya.

Bagi fasa kedua, sekolah akan digabung ialah SK Sungai Seputi, SK Sungai Kelabit, SK Sungai Laong dan SK Sungai Bakas.

“Untuk fasa kedua ini, kita akan meminta bantuan pasukan petugas dan ketua masyarakat serta kaunselor untuk mengenal pasti lokasi pusat bagi empat sekolah terbabit.

“Ini dijangkaka­n untuk tindakan pada 2020 hingga 2021 kelak,” ujarnya.

Sementara bagi fasa ketiga, penggabung­an akan melibatkan SK Sungai Buri, SK Lepong Ajai, SK Sungai Liam dan SK Sungai Entulang.

Keempat- empat sekolah berkenaan akan digabung dan dipusatkan di SK Sungai Entulang.

“Diharapkan ibu bapa khasnya menerima penjelasan berkenaan dan rasional terhadap penggabung­an sekolah terbabit.

“Ini adalah untuk menaik taraf dan meningkatk­an kemudahan serta tenaga kerja,” jelasnya.

Sementara itu, pada majlis yang sama, Penguang turut menyampaik­an cek peruntukan bernilai RM155,000 kepada 10 rumah panjang di Marudi.

Peruntukan terbabit adalah bagi projek peruntukan khas Perdana Menteri 2017.

“Ini adalah untuk bayaran akhir projek peruntukan khas Perdana Menteri yang diumum sebelum pilihan raya 2016. Masih ramai lagi yang menerima pembayaran untuk ini.

“Malah, ia juga merupakan sebahagian daripada peruntukan RM3 juta yang diagihkan untuk pelbagai projek di kawasan Marudi,” katanya.

 ??  ?? GUNA SEBAIKNYA: Penguang menyampaik­an peruntukan kepada salah seorang wakil penerima sambil disaksikan yang lain.
GUNA SEBAIKNYA: Penguang menyampaik­an peruntukan kepada salah seorang wakil penerima sambil disaksikan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia