Utusan Borneo (Sarawak)

Polis akan perluas SMART Lokap

Lengkap data keluar masuk tahanan banyak membantu kawalan di lokap

-

KUALA LUMPUR: Polis akan memperluas penggunaan Sistem Lokap Pintar Teknologi Pelaporan Analitik Pemantauan Sendiri (SMART Lokap) ke beberapa lagi balai polis di seluruh negara mengikut keperluan dan lokasi balai terbabit.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata bagaimanap­un penggunaan sistem itu juga bergantung kepada peruntukan yang akan disediakan kerajaan.

“Ketika ini sebanyak 57 lokap di kawasan Lembah

Ketika ini sebanyak 57 lokap di kawasan Lembah Klang telah dipasang dengan SMART Lokap dan berjaya mengurangk­an kejadian tidak diingini di lokap.

Klang telah dipasang dengan SMART Lokap dan berjaya mengurangk­an kejadian tidak diingini di lokap.

“Sistem ini yang lengkap dengan data keluar masuk tahanan juga banyak membantu dalam kawalan di lokap yang melibatkan tahanan agresif,” katanya kepada pemberita pada Ekspo Inovasi dan Ekonomi Kreatif Kebangsaan 2017 (NICE’17) di Taman Te- knologi Malaysia, di sini semalam.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang hadir merasmikan NICE’ 17 turut berkesempa­tan melawat SMART Lokap di tapak pameran itu.

Noor Rashid berkata penggunaan SMART Lokap juga boleh mengurangk­an penugasan ramai anggota untuk kawalan lokap, sekali gus membolehka­n anggota terbabit dikerah untuk operasi di luar balai.

SMART Lokap membolehka­n pemantauan secara automatik iaitu melalui Analitis Video, Internet Objek Pintar, Analisis Data Raya yang saling berhubung dalam setiap operasi.

Sistem itu yang dilancarka­n oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada April 2016 dibangunka­n oleh Polis Diraja Malaysia dengan kerjasama Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi menerusi Pusat Penyelidik­an dan Pembanguna­n Teknologi Maklumat dan Komunikasi (MIMOS) dan input daripada Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM). — Bernama

Tan Sri Noor Rashid Ibrahim Timbalan Ketua Polis Negara

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia