Utusan Borneo (Sarawak)

Sokong, miliki bahan berkaitan Daesh, juruteknik dipenjara 8 tahun

-

KUALA LUMPUR: “Jangan berdendam dengan sesiapa kerana itu adalah kesalahan kamu sendiri,” demikian nasihat Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullah sebelum menjatuhka­n hukuman penjara lapan tahun terhadap juruteknik kilang kerana memberi sokongan dan memiliki pelbagai bahan berkaitan kumpulan pengganas Daesh.

Tertuduh Muhammad Safuan Mohd, 29, mengaku bersalah terhadap pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan Daesh dengan melafazkan sumpah taat setia melalui aplikasi Telegram ‘ Gagak Hitam’ atas nama Abu Marwan Salaki di rumahnya di Seksyen U5 (Panasuria) Petaling, Selangor, pada jam 3.29 pagi, 30 Mac 2016.

Bapa kepada dua anak itu juga dijatuhi hukuman penjara tiga tahun selepas turut mengaku bersalah terhadap pertuduhan memiliki 72 video, 19 keping gambar dan 419 naskhah dokumen berkaitan Daesh di dalam telefon bimbitnya, di tempat letak kereta blok kediamanny­a, pada kira-kira 7 malam, 6 Okt 2016.

Tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara lapan tahun selepas hakim memerintah­kan hukuman itu berjalan serentak dari tarikh tangkap 6 Okt tahun lepas.

Bagi tuduhan memberi sokongan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130 J (1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak melebihi 30 tahun, atau denda, dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan untuk melakukan kesalahan itu.

Bagi kesalahan memiliki bahan berkaitan Daesh, dia dituduh mengikut Seksyen 130JB ( 1)( a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah peruntukan sama, hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh dilucutkan hak ke atas mana-mana bahan terbabit.

Hakim Azman ketika membacakan keputusann­ya berkata perbuatan tertuduh yang menyokong dan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas, jika tidak dibendung, boleh memudaratk­an negara.

“Tertuduh sememangny­a mempunyai niat untuk pergi ke Syria dan jika dibiarkan dia akan meneruskan perjuangan­nya yang akan memudaratk­an negara. Saya harap kamu insaf dan jangan berdendam dengan sesiapa kerana itu adalah kesalahan kamu sendiri,” kata hakim.

Terdahulu, Muhammad Safuan yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan dia telah insaf dan sedar kesilapan yang dilakukann­ya.

“Saya datang daripada keluarga yang susah dan ibu saya terpaksa bekerja untuk mencari pendapatan keluarga kerana sebelum ini saya penanggung tunggal keluarga,” katanya sambil menangis teresak-esak.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Izhanudin Alias memohon hukuman berat kerana kesalahan dilakukan tertuduh adalah serius yang boleh mengganggu- gugat ketenteram­an negara serta bersifat global. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia