Utusan Borneo (Sarawak)

SPRM panggil 45 saksi bantu siasatan penyelewen­gan dana di Sabah

-

SEMPORNA: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memanggil 45 saksi termasuk tujuh yang ditahan reman berhubung penyelewen­gan dana pembanguna­n infrastruk­tur luar bandar di Sabah membabitka­n peruntukan RM1.5 bilion.

Ketua Pesuruhjay­anya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata pihaknya akan memanggil saksi-saksi lain dalam tempoh terdekat ini bagi membantu siasatan.

“Kita akan panggil semua yang terlibat, termasuk sesiapa yang boleh membantu siasatan kerana isunya kita melihat lebih 70 projek di Sabah melibatkan dana peruntukan RM1.5 bilion diseleweng.

Ini termasuk akan melakukan tangkapan cuma beri masa kepada SPRM untuk menjalanka­n siasatan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Intan di sini, semalam.

Berhubung LRA Sungai Intan itu, katanya SPRM selaku keluarga angkat kepada Kampung Sungai Intan turut kecewa kerana projek yang dinanti penduduk selama 30 tahun itu berakhir dengan LRA tersebut tidak berfungsi ekoran kekurangan sumber air.

“Penduduk kampung sehingga kini terpaksa bergantung dengan air perigi dan menerima bekalan air terawat hanya dalam sekali atau dua kali seminggu,” katanya.

LRA Sungai Intan yang dinaik taraf dan siap pada tahun lalu itu merupakan antara 70 projek di siasat SPRM.

Selain projek LRA Sungai Intan itu, Dzulkilfi berkata terdapat projek lain di Semporna yang turut menjadi perhatian pihak SPRM.

Sementara itu, mengulas kenyataan Naib Presiden Parti Warisan Sabah Junz Wong bahawa partinya bersedia disiasat SPRM, Dzulkifli berkata siasatan pihaknya bukan berdasarka­n parti politik tetapi melihat kepada penglibata­n salah guna kuasa dan rasuah terhadap peruntukan daripada Kerajaan Persekutua­n untuk pembanguna­n luar bandar di Sabah.

“Lihat dari sudut tangkapan bukan anggota Parti Warisan Sabah sahaja yang di tahan. Pendirian siasatan SPRM adalah berdasarka­n keterangan yang diperoleh, dan akan diperoleh tanpa melihat sudut penglibata­n parti politik kerana isu rasuah dan salah guna kuasa adalah lebih daripada politik,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia