Utusan Borneo (Sarawak)

Dua kanak-kanak dilarikan dalam kereta ibu

-

JOHOR BAHRU: Dua kanak-kanak dilarikan ketika seorang lelaki menyamun kereta ibu mereka di Taman Pulai Indah, Kangkar Pulai di sini pagi semalam.

Namun kedua-dua kanakkanak itu kemudianny­a ditemui.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, ACP Noor Hashim Mohamed berkata

dalam kejadian jam 7.45 pagi itu, anak perempuan mangsa ditemui di tepi jalan di taman tersebut sementara anak lelakinya ditinggalk­an di pintu masuk taman berkenaan.

“Ibu kanak-kanak itu yang merupakan seorang pembantu klinik dalam perjalanan untuk menghantar anak lelaki dan perempuann­ya yang masing-masing berusia lima dan tiga tahun ke rumah bapanya di taman itu.

“Apabila sampai di hadapan rumah bapanya, wanita berkenaan keluar dari kereta dan mengambil payung di dalam bonet kerana hari hujan.

“Namun tiba-tiba seorang lelaki masuk ke dalam ken- deraan wanita berkenaan dan mengunci pintu kereta dari dalam. Lelaki itu kemudian melarikan kereta wanita berkenaan bersama anak-anaknya yang berada di dalam kereta.

“Adik lelaki wanita terbabit yang diberitahu mengenai kejadian itu mengekori kenderaan kakaknya dan kemudian melihat anak perempuan kakaknya ditinggalk­an di tepi jalan selang beberapa lorong dari rumah bapa wanita berkenaan.

“Adik wanita itu turut memberitah­u kakaknya seorang individu turut menjumpai anak lelakinya di pintu masuk di taman terbabit,” katanya dalam satu kenyataan.

Noor Hashim berkata kereta yang dilarikan itu kemudianny­a dijumpai terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Ulu Choh, Pontian, sejam selepas kejadian itu.

Lelaki itu dipercayai telah melarikan diri bersama seorang lagi rakannya, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia