Utusan Borneo (Sarawak)

Hilang RM1,260 gara-gara terperdaya hadiah WhatsApp

-

LIMBANG: Padah tertarik pada hadiah berupa wang tunai yang ditawarkan, seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di daerah ini kerugian RM1,260 dalam kejadian berlaku Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­den Mohd Bukhori Saffai berkata mangsa, 15, dikatakan menerima tawaran hadiah melalui aplikasi WhatsApp sebanyak RM7,000.

“Mangsa membuat bayaran sebanyak RM1,260 melalui tiga transaksi ke dalam akaun suspek bagi mendapatka­n wang kemenangan tersebut.

“Bagaimanap­un, setelah semua arahan dibuat, mangsa tidak menerima wang kemenangan yang dijanjikan,” katanya lagi.

Mohd Bukhori berkata, menyedari dirinya ditipu mangsa kemudian membuat laporan polis jam 3.35 petang Selasa.

Dalam kes berasingan, katanya, seorang perempuan antara dua individu yang dicekup kerana berada dalam pengaruh dadah dalam Ops Tapis baru-baru ini.

Suspek 26 dari dtahan di sebuah rumah di Kampung Pahlawan dan positif Amphetamin­e dan Methamphet­amine hasil ujian saringan awal polis yang dilakukan terhadapny­a.

“Turut ditahan seorang peniaga lelaki, 57, dalam serbuan berasingan di sebuah kedai runcit di Jalan Pandaruan baru-baru ini.

“Hasil pemeriksaa­n dalam kedai runcit terbabit, polis menjumpai satu keratan tiub straw berisi ketulan jernih kristal disyaki syabu yang diletakkan di dalam laci sebuah meja kayu di kaunter kedai tersebut,” katanya lagi.

Suspek turut positif Amphetamin­e dan Methamphet­amine hasil ujian saringan awal polis yang dilakukan terhadapny­a.

Jelas beliau lagi dadah seberat 0.38 gram bernilai RM50 dirampas dari suspek.

Kes terbabit akan disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan 15(1)(a) ADB 1952.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia