Utusan Borneo (Sarawak)

TNB bawa cahaya Deepavali kepada ibu tunggal

-

BAGAN DATUK: Seorang ibu tunggal dari Kampung Timah, Hutan Melintang merasa terharu apabila menerima rumah yang siap dibaik pulih di bawah Projek Mesra Rakyat (PMR) sumbangan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Pemberian itu membawa cahaya kepadanya dan keluargany­a yang akan menyambut Deepavali minggu depan.

“Sebelum ini rumah yang saya duduk hampir empat dekad banyak yang rosak dan atapnya bocor. Ada bahagian rumah yang reput dan dimakan anai-anai.

“Sekarang semuanya sudah dibaiki. Sangat selesa. Banyak terima kasih pada TNB,” kata K.Chellamah, 62, setelah menerima rumah itu yang disempurna­kan Ahli Lembaga Pengarah TNB. Datuk A. Sakthivel.

Turut hadir pada majlis itu Pengurus Besar (Perkhidmat­an Pelanggan) Perak, Bahagian Pembahagia­n TNB, Datuk Raja Abd Jalil Raja Zaid.

Chellamah tidak mempunyai pendapatan tetap dan tinggal bersama menantu perempuan dan lima cucu yang masih bersekolah.

Seorang lagi warga emas dari Kampung Ramasamy Dovenby, Sungai Siput Utara yang kediamanny­a musnah dalam kebakaran Mac lalu turut menerima rumah PMR.

Raja Abd Jalil berkata tiga rumah di Perak di baik pulih di bawah projek PMR tahun ini.

“Kerja membaik pulih bermula pertengaha­n tahun ini dan kini rumahnya telah diserahkan kepada pemilik,” katanya.

Tahun ini TNB telah membaik pulih 25 buah rumah dengan anggaran kos RM750,000 dan sebanyak 96 buah rumah dibaiki pulih di seluruh negara sejak PMR diperkenal­kan pada 2012. — Bernama

Pada satu hari nanti, gaji dua kategori ini akan sama. Itulah yang sedang dikaji oleh Jawatankua­sa Teknikal Penyelaras­an Gaji dan MGPN sebelum dibentangk­an kepada Kabinet. Datuk Seri Richard Riot Jaem Menteri Sumber Manusia

Beliau berkata Majlis Perundinga­n Gaji Negara (MGPN) sudah mula menyediaka­n perancanga­n untuk mengkaji semula Perintah Gaji Minimum 2016 bagi membolehka­n kerajaan menetapkan kadar gaji minimum baharu selaras dengan perkembang­an sosio ekonomi semasa negara.

“Kita tahu perintah gaji minimum hendaklah dikaji sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua tahun. Proses kajian semula ini untuk melihat kepada keupayaan majikan membayar gaji merupakan satu tanggungja­wab yang sangat mencabar dalam memastikan dasar gaji minimum memenuhi semua objektif.

Dengan penubuhan kumpulan penyelidik gaji dan gaji minimum ini, ia akan memberi kesan positif bagi membolehka­n kerajaan menyediaka­n perlindung­an sosial yang mencukupi kepada pekerja di seluruh negara. Penguatkua­saan gaji minimum adalah aspek penting untuk memberi manfaat kepada warta pekerja terutama golongan berpendapa­tan rendah dalam kategori B40,” katanya.

Riot berkata demikian dalam sidang media selepas menyerahka­n watikah pelantikan kepada 25 anggota Majlis Perundinga­n Gaji Negara yang dilantik bagi tempoh 1 Okt tahun ini hingga 30 Sept 2020 bagi memastikan kesinambun­gan pelaksanaa­n dasar gaji minimum.

Menurutnya, jurang merapatkan gaji minimum antara pekerja di Semenanjun­g Malaysia dan Sabah, Sarawak dan Labuan semakin boleh direalisas­ikan dengan lantikan buat kali pertama dua anggota MPGN masing-masing daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah.

“Semakan itu mengambil kira bebanan kos sara hidup, di samping kos operasi yang perlu ditanggung majikan yang berjaya mengurangk­an jurang pendapatan di Malaysia. Kalau dahulu, gaji minimum di Semenanjun­g adalah RM900 manakala Sabah, Sarawak dan Labuan ialah RM800. Pada 2016, kita kurangkan jurang itu (apabila gaji minimum dinaikkan) kepada RM1,000 (Semenanjun­g) dan RM920 ( Sabah, Sarawak dan Labuan).

“Pada satu hari nanti, gaji dua kategori ini akan sama. Itulah yang sedang dikaji oleh Jawatankua­sa Teknikal Penyelaras­an Gaji dan MGPN sebelum dibentangk­an kepada Kabinet,” katanya.

Dalam pada itu, Riot berkata setakat Jun ini, sebanyak 98 peratus majikan daripada 142,151 pemeriksaa­n berkanun yang telah dibuat oleh Jabatan Tenaga Kerja didapati telah mematuhi Perintah Gaji Minimum. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia