Utusan Borneo (Sarawak)

Yang di-Pertuan Agong berangkat hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-Raja

-

KUALA LUMPUR: Yang di- Pertuan Agong Sultan Muhammad V semalam menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-247 yang berlangsun­g untuk hari kedua di Istana Negara di sini.

Seri Paduka diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mesyuarat itu yang bermula kelmarin dipengerus­ikan Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah dan dihadiri semua Raja- Raja Melayu kecuali Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Johor diwakili Tengku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim, Kelantan diwakili Pemangku Raja Kelantan Tengku Dr Muhammad Fa-iz Petra manakala Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Pada mesyuarat yang bermula jam 10 pagi itu, RajaRaja Melayu diiringi menteri besar masing-masing manakala Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Sarawak, Sabah dan Melaka diiringi oleh ketua-ketua menteri.

Sementara itu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dalam satu kenyataan memaklumka­n bahawa pada mesyuarat semalam, majlis itu telah disembahka­n taklimat terkini mengenai pertahanan negara oleh Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Majlis juga disembahka­n taklimat mengenai keselamata­n oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan kedudukan ekonomi oleh Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid.

Syed Danial berkata perkara lain yang turut dibincangk­an ialah tentang pelantikan Ahli Suruhanjay­a Perkhidmat­an Pelajaran dan Ahli Lembaga Penasihat Penyelaras­an Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam.

Perkara berhubung agama Islam termasuk pandangan hukum yang dipersetuj­ui dalam Muzakarah Khas dan pelantikan Ahli-ahli Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia juga dibincangk­an dalam mesyuarat itu. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? CERIA: Sultan Muhammad V pada Majlis Santapan Malam sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-247 di Istana Negara semalam. Turut hadir (dari kiri) Tuanku Zara Salim, Sultan Sharafuddi­n, Tengku Norashikin dan Sultan Nazrin.
— Gambar Bernama CERIA: Sultan Muhammad V pada Majlis Santapan Malam sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-247 di Istana Negara semalam. Turut hadir (dari kiri) Tuanku Zara Salim, Sultan Sharafuddi­n, Tengku Norashikin dan Sultan Nazrin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia