Utusan Borneo (Sarawak)

Isu orang tengah kerap eksploitas­i tuntutan PERKESO dipandang serius

-

TAIPING: Pertubuhan Keselamata­n Sosial ( PERKESO) memandang serius isu orang tengah atau pihak ketiga yang bertindak mengeksplo­itasi waris ketika membantu menguruska­n hal berkaitan tuntutan.

Pengarah PERKESO Perak Noorhanita Mohamad berkata keadaan tersebut didakwa kerap berlaku membabitka­n individu atau kumpulan tertentu yang bertindak mahu membantu waris namun mengenakan bayaran yang tinggi.

“Saya difahamkan ada kes yang meminta bayaran RM3,000 hingga RM5,000 untuk membantu waris membuat tuntutan dengan PERKESO,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Cek Faedah Perayaan Deepavali di Pejabat PERKESO Taiping di sini semalam.

Noorhanita berkata keadaan tersebut berlaku disebabkan waris kurang pengetahua­n tentang hak mereka termasuk proses permohonan yang diper- lukan.

Sehubungan i tu, Noorhanita berkata PERKESO menjalinka­n kerjasama dengan pemimpin masyarakat untuk membantu mereka yang mahu membuat tuntutan PERKESO tanpa menggunaka­n khidmat orang tengah.

“Isu penipuan dan eksploitas­i ini adalah satu masalah serius dan ia perlu dibendung sebaik mungkin kerana ia cuba mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain,” katanya. — Bernama SEREMBAN: Banci Mata Kebangsaan II 2014 mendapati 413,000 penduduk di negara ini yang berumur 50 tahun ke atas mempunyai masalah penglihata­n, kata Pengarah Bahagian Perkembang­an Perubatan Kementeria­n Kesihatan Datuk Dr Azman Abu Bakar.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 113,000 orang menjadi buta dengan 43,000 daripadany­a dikenal pasti berpunca daripada katarak.

“Turut dianggarka­n sejumlah 1.3 juta rakyat Malaysia yang berusia 50 tahun ke atas akan mengalami katarak dalam tempoh lima ke 10 tahun akan datang,” katanya pada majlis pelancaran Sambutan Hari Penglihata­n Sedunia peringkat kebangsaan 2017 di sini, semalam.

Turut hadir Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan Dr Zainuddin Mohd Ali dan Ketua Perkhidmat­an Oftalmolog­i kementeria­n berkenaan, Dr Fariza Che Ngah.

Dr Azman berkata laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2010 turut menyatakan bahawa dianggarka­n 250 juta orang di seluruh dunia mempunyai masalah hilang penglihata­n dan buta.

Beliau berkata berikutan daripada penemuan kajian dan tinjauan penduduk yang dilaksanak­an pada 2014, beberapa inisiatif pencegahan kebutaan telah dan sedang dijalankan kementeria­n.

“Program Klinik Katarak 1Malaysia telah dilancarka­n secara berperingk­at di seluruh negara bermula dari 2013. Ia bertujuan untuk menyediaka­n akses rawatan dan penjagaan mata terutamany­a kepada penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman.

“Program yang menitikber­atkan penglibata­n komuniti dan badan-badan bukan kerajaan ini telah berjaya dan sehingga Jun 2017, seramai 22,401 penduduk disaring dan daripada jumlah itu, 16,348 orang telah pun menjalani pembedahan katarak,” katanya.

Dr Azman menarik perhatian bahawa Bank Kanta Intraokula­r Kebangsaan turut dilancarka­n sebagai usaha memberi sokongan kepada inisiatif pencegahan kebutaan dan 9,523 penduduk yang kurang berkemampu­an telah menerima bantuan kanta intraokula­r secara percuma.

“Selain itu, program ‘Amblyopia and Visual Impairment Screening ( AVIS)’ juga dilancarka­n pada tahun ini untuk mengenal pasti kanak-kanak yang mengalami masalah penglihata­n sebelum mereka memulakan alam persekolah­an,” katanya.

Menerusi program AVIS, beliau berkata kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihata­n boleh dirawat secara awal untuk mencegah daripada berlakunya juling. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia