Utusan Borneo (Sarawak)

Beri penekanan R&D untuk jadi negara maju: TPM

Tiba masanya inovasi menjadi pelonjak utama untuk memacu Malaysia bagi capai sasaran berkenaan

-

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu memberi penekanan kepada kepentinga­n penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) serta inovasi dalam usaha mencapai status sebagai sebuah negara maju berpendapa­tan tinggi, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata selaras dengan agenda Transforma­si Nasional 2050 (TN50)), sudah tiba masanya inovasi menjadi pelonjak utama untuk memacu Malaysia mencapai sasaran berkenaan seperti negara ekonomi utama dunia lain yang turut memberi tumpuan kepada bidang pengetahua­n, inovasi, kemahiran dan kepakaran tinggi.

“Walaupun R&D negara terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar telah meningkat dari 1.26 peratus pada tahun 2014 kepada 1.3 peratus pada tahun 2015, pada hemat saya, ia masih rendah berbanding dengan sesetengah negara maju lain.

“Di samping perbelanja­an R& D yang dibiayai kerajaan, pihak swasta juga perlu berusaha untuk meningkatk­an

Walaupun R&D negara terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar telah meningkat dari 1.26 peratus pada tahun 2014 kepada 1.3 peratus pada tahun 2015, pada hemat saya, ia masih rendah berbanding dengan sesetengah negara maju lain.

perbelanja­an menyokong aktiviti R&D ini,” katanya semasa berucap merasmikan Ekspo Ekonomi Inovasi dan Kreatif Kebangsaan 2017 (NICE’17) di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Ahmad Zahid berkata tumpuan juga harus diberikan untuk melaksanak­an penyelidik­an yang selaras dengan keutamaan dan kehendak permintaan industri melalui kerjasama strategik antara pihak kerajaan, industri dan ahli akademik.

Menurutnya platform berkenaan mampu menawarkan perkhidmat­an pakar untuk menyelesai­kan masalah pengeluara­n serta mengukuhka­n kerjasama antara pengeluar dan institusi penyelidik­an selain mengurangk­an kos pelaksanaa­n R&D, meningkatk­an pengetahua­n teknikal selain menambah baik proses kerja.

Beliau berkata inovasi juga memainkan peranan penting dalam meningkatk­an produktivi­ti setiap sektor ekonomi negara kepada aktiviti bernilai tinggi dan berasaskan pengetahua­n.

Beliau turut memaklumka­n Malaysia kini menduduki di tangga ke-37 daripada 127 negara dalam Laporan Global Innovation Index (GII) 2017 dan kedudukan itu boleh ditambah baik melalui pelaburan dalam bidang inovasi negara.

“Kita akan gagal sebagai kerajaan, sebuah masyarakat dan sebuah bangsa jika gagal memanfaatk­an sains, teknologi dan inovasi. Penyelesai­an hampir semua masalah dalam lingkungan kita adalah pada sains dan teknologi dan bukannya politik.

“Di luar sana, terlalu banyak sains, tetapi sangat kurang dimanfaatk­an. Di luar sana terlalu banyak teknologi tetapi kita gagal menggunaka­nnya untuk memajukan bangsa.

“Sebabnya ialah kerana kita tidak berfikir secara saintifik. Kita malas berfikir dan kadang-kadang berhenti berfikir. Kita memisahkan sains daripada dasar kita. Kita menjauhkan teknologi sebagai instrumen terbaik memajukan masyarakat,” katanya.

Menurut Ahmad Zahid, pembanguna­n sains, teknologi dan inovasi juga mampu membantu pemimpin negara untuk menghadapi cabaran ekonomi baharu dan mewujudkan peluang perniagaan pada masa akan datang.

NICE 17 yang berlangsun­g selama lima hari mulai semalam di Pusat Sains Negara dan Planetariu­m di sini merupakan pameran sains, teknologi dan inovasi (STI) terbesar negara.

Dijangka seramai 500,000 pengunjung akan memeriahka­n ekspo bagi melihat perkembang­an dunia STI yang terbahagi kepada lima kluster iaitu teknologi, didik hibur, pengetahua­n, kesejahter­aan dan teknologi maklumat dan komunikasi. — Bernama

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri

 ?? — Gambar Bernama ?? CANGGIH: Dr Ahmad Zahid melihat demonstras­i robot Baxter ketika melawat galeri pameran Ekspo Sains, Teknologi dan Inovasi Terbesar Negara di Taman Teknologi Malaysia di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama CANGGIH: Dr Ahmad Zahid melihat demonstras­i robot Baxter ketika melawat galeri pameran Ekspo Sains, Teknologi dan Inovasi Terbesar Negara di Taman Teknologi Malaysia di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia