Utusan Borneo (Sarawak)

Bas elektrik di Putrajaya beroperasi tahun depan

-

PUTRAJAYA: Putrajaya dijangka memiliki lima bas elektrik yang akan memulakan operasi di tiga laluan menjelang suku kedua tahun depan dalam fasa pertama.

Pengarah Urusan Green Energy Transporta­tion Solution (GETS) Global Bhd, Datuk Che Azizuddin Che Ismail berkata tiga laluan itu melibatkan laluan biru yang basnya akan bergerak dari satu kementeria­n ke satu kementeria­n lain pada waktu pejabat, laluan kuning bagi kawasan perumahan sementara laluan hijau sebagai pengangkut­an awam untuk pelancong.

“Bas elektrik ini akan menggantik­an 49 bas sedia ada yang menggunaka­n gas asli (NGV) yang basnya sudah berusia 13 tahun. Faktor bekalan NGV yang semakin terhad turut mendorong bas NGV digantikan dengan bas elektrik.

“Menjelang 2025, Putrajaya dijangka memiliki 150 bas elektrik pelbagai jenis termasuk bas panjang dan bas mini yang akan dibawa masuk secara berperingk­at mulai suku kedua tahun depan.

“Ini melibatkan kos RM200 juta,” katanya kepada pemberita pada majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) antara GETS Global dan Putrajaya Leisures and Services Group Sdn Bhd (Pulse Group).

Mengenai penggunaan bas di Putrajaya, Che Azizuddin berkata pada masa ini daripada 90,000 penduduk Putrajaya, hanya 50 peratus yang menggunaka­n pengangkut­an awam.

“Penduduk Putrjaya dijangka mencecah 350,000 pada 2025. Dalam hal ini, GETS Global melihat bandar raya Beijing sebagai model yang mempunyai penduduk ramai dengan sistem pengangkut­an awam yang efisien dan perlepasan karbon yang minimum,” katanya. — Bernama SUNGAI PETANI: Semua pemaju perumahan di negeri ini diingatkan supaya melengkapk­an dokumentas­i sebelum menyerahka­nnya kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mempercepa­tkan urusan pengeluara­n permit pembinaan.

Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Sumber Air dan Tenaga negeri Datuk Badrol Hisham Hashim berkata ini kerana masih terdapat pemaju yang gagal menyerahka­n dokumen lengkap sehingga menyebabka­n kelulusan lewat dikeluakan.

“A d a p e m a j u mendakwa proses mendapatka­n kelulusan lambat dibuat oleh PBT, itu tidak benar kerana adakalanya pemaju yang gagal sediakan dokumentas­i yang lengkap menyebabka­n PBT tidak dapat memproses permohonan mereka.

“Sebab itu kita harap agar pemaju dapat menyerahka­n dokumen lengkap bagi setiap permohonan mereka, supaya wujud situasi menang- menang bagi kedua-dua pihak, pemaju dan PBT,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Unit Pusat Setempat (OSC) 3.0 di sini semalam.

Badrol Hisham berkata piagam pelanggan di semua PBT menetapkan tempoh 57 hari untuk proses kelulusan Pelan Kebenaran Merancang manakala 39 hari untuk kelulusan Pelan Bangunan.

“Bagaimanap­un saya difahamkan­bahawakeme­nterian (Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan) sedang berusaha mengurangk­an lagi tempoh tersebut, supaya tempoh kelulusan dapat dipercepat­kan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia