Utusan Borneo (Sarawak)

Kekang berita palsu bagi lindungi keharmonia­n negara: Salleh

-

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Said Keruak menyeru setiap rakyat Malaysia membantu mempertaha­nkan negara daripada penyebaran berita palsu atau akaun media sosial palsu yang berniat buruk, berbaur fitnah dan berbentuk hasutan.

“Hormati kepelbagai­an dan keharmonia­n perlu diperkukuh­kan sebagai ama- lan kehidupan rakyat Malaysia,” katanya dalam catatan terbaharu dalam blog beliau di sskeruak. blogspot. my semalam.

Beliau berkata sudah tiba masa untuk orang ramai menggunaka­n sepenuhnya inisiatif seperti portal sebenarnya. my dan menjadikan sebagai tabiat untuk menyemak kesahihan berita yang tular di laman sosial terlebih dahulu sebelum berkongsin­ya dengan orang lain.

Menurutnya, Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia ( SKMM) telah mengambil tindakan terhadap 3,047 akaun palsu yang dikenal pasti dalam pelbagai platform media sosial sejak Januari hingga September tahun ini.

Katanya, hampir 80 peratus daripada 3,047 akaun palsu itu telah dipadam oleh penyedia platform media sosial seperti Facebook dan Twitter kerana melanggar terma dan syarat yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmat­an masing-masing.

Walaupun gergasi Internet seperti Facebook dan Twitter serta enjin pencarian terbesar China, Baidu Inc. (BIDU) bekerjasam­a dengan kerajaan, namun mereka sentiasa tertekan untuk memperbaik­i algoritma masing- masing dengan penggunaan gabungan teknologi dan kebenaran kandungan untuk meminimumk­an berita palsu, katanya.

“Marilah kita mengingatk­an diri sekiranya berjumpa dengan akaun yang disyaki palsu, berita atau maklumat palsu, kita perlu menggunaka­n kemudahan saluran pelaporan yang disediakan oleh penyedia platform media sosial untuk membuat aduan supaya tindakan dapat diambil dengan secepat mungkin.

“Kita juga boleh membuat aduan dengan SKMM. Adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk membangun, menghantar dan memuat naik kandungan berunsur lucah, sumbang, palsu, mengancam atau bersifat jelik,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia