Utusan Borneo (Sarawak)

Liverpool sedia sekat kemaraan United di Anfield

Skuad kendalian Mourinho harap teruskan rentak pada aksi liga yang merupakan ujian terbesar mereka

-

LONDON, England: Pemain Liverpool dan Manchester United yang beraksi untuk pasukan kebangsaan masing- masing, harus mengenepik­an kesan dari perlawanan antarabang­sa untuk salah satu perlawanan yang paling ditunggu- tunggu oleh peminat bola sepak Sabtu ini.

Menurut penyiaran Sky Sports, pemain kedua-dua kelab melakukan perjalanan sejauh 139,000 batu untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia sejak perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris tetapi semua laluan ke Anfield ketika saingan Liga Perdana kembali bersambung selepas dua minggu berehat, berpotensi untuk meledak.

Tempoh rehat bola sepak antarabang­sa sememangny­a tidak menggembir­akan buat United, yang memenangi tiga perlawanan liga terakhir dengan menjaringk­an sembilan gol dan tanpa bolos, walaupun kesemua lawan mereka berada di kelompok bawahan liga.

Skuad kendalian Jose Mourinho, yang berkongsi tangga teratas liga dengan 19

mata dari

Perlawanan seperti ini, setiap saat memainkan peranan. Jose Mourinho Pengurus Manchester United

t u - j u h perl a - wan a n bers a - m a - s a m a M a n - c h e s t e r City, berharap untuk meneruskan rentak pada perlawanan yang akan merupakan ujian terbesar mereka setakat musim ini. P r e s t a s i L i v e r p o o l bagaimanap­un kurang m e m - b e r a n g - s a n g k a n dan skuad kendalian Jurgen Klopp, diselubung­i masalah di benteng pertahanan, ketinggala­n tujuh mata di belakang United dan City ketika ini.

Mereka juga masih belum menang ke atas United dalam enam pertemuan terakhir tetapi Mourinho berkata sejarah tidak memberi sebarang kelebihan pada perlawanan Sabtu ini.

“Perlawanan seperti ini, setiap saat memainkan peranan,” kata Mourinho. “Kami bermain menentang pasukan yang bagus dengan pemain yang hebat. Prestasi semasa tidak penting, suasana tidak penting. Ia adalah perlawanan untuk memburu tiga mata.”

United akan beraksi tanpa pemain tengah, Marouane Fellaini, yang mengalami kecederaan ketika bermain untuk Belgium pada perla- wanan menentang Bosnia sementara Paul Pogba masih belum pulih dari kecederaan.

Liverpool juga mungkin mempunyai masalah yang sama dengan penyerang Sadio Mane berdepan rehat selama enam minggu kerana kecederaan hamstring ketika beraksi untuk Senegal.

City, yang mempunyai perbezaan gol yang lebih besar untuk berada di tangga tera- tas liga, menanti kunjungan Stoke City dengan penyerangn­ya, Sergio Aguero mungkin akan diturunkan selepas pulih dari kecederaan tulang rusuk semasa satu kemalangan jalan raya bulan lepas.

Tottenham Hotspur, di tangga ketiga, akan cuba memadam badi di Stadium Wembley dalam liga untuk kali keempat apabila menanti kunjungan Bournemout­h sementara Chelsea, yang tewas kepada City sebelum rehat bola sepak antarabang­sa, bertandang ke Crystal Palace pada perlawanan lain.

Palace adalah pasukan pertama dalam liga elit yang tewas tujuh perlawanan pertama liga sejak Portsmouth pada 2009 dan kali pertama dalam tempoh 129 tahun Liga Bola Sepak dengan tanpa sebarang gol.

Arsenal akan bertandang ke Watford sementara Burnley, yang berada di tangga ketiga ketika ini, akan menanti kunjungan West Ham United di Turf Moor.

Pengurus West Ham, Slaven Bilic, sudah memintas Everton, yang dibimbing Ronald Koeman sebagai calon pengurus yang akan dipecat musim ini selepas kempen hambar.

Everton bertandang ke Brighton and Hove Albion pada perlawanan hari Ahad dengan harapan untuk mengelak kekalahan kedua menentang pendatang baharu liga. — Reuters

 ?? — Gambar Reuters ?? CANAI STRATEGI: Klopp(kanan)berbincang dengan dua pemain utamanya sebelum sepak mula perlawanan liga menentang Newcastle United di St James’ Park, Newcastle dalam gambar fail bertarikh 1 Oktober lepas.
— Gambar Reuters CANAI STRATEGI: Klopp(kanan)berbincang dengan dua pemain utamanya sebelum sepak mula perlawanan liga menentang Newcastle United di St James’ Park, Newcastle dalam gambar fail bertarikh 1 Oktober lepas.
 ??  ?? MOURINHO
MOURINHO
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia