Utusan Borneo (Sarawak)

Mata tolak tawaran lumayan beraksi di China

-

MANCHESTER, England: Juan Mata menolak satu tawaran lumayan untuk berpindah ke Liga Super China dan dijangka akan ditawarkan kontrak baharu di Manchester United.

Pemain antarabang­sa Sepanyol itu dilaporkan didatangi oleh pegawai dari beberapa kelab dari China untuk satu perpindaha­n.

Tetapi akhbar The Mirror berkata Mata tidak berminat untuk meninggalk­an Old Trafford pada ketika ini dalam kerjayanya.

Pemain tengah itu dijangka akan ditawarkan lanjutan kontrak satu tahun dari kontrak semasa yang bernilai 165,000 pound seminggu.

Kontrak Ander Herrera berakhir pada akhir musim ini, bersama-sama dengan Mata tetapi United menggunaka­n pilihan dalam klausa kontrak untuk mengekalka­n kedua-dua pemain di kelab untuk satu tahun lagi.

Pengurus United, Jose Mourinho, masih mempunyai kepercayaa­n dengan Herrera walaupun pemain berusia 28 tahun itu bergelut untuk menempatka­n diri dalam kesebelasa­n utama.

Beliau dilihat mulai tersisih dari kesebelasa­n utama dengan kehadiran Nemanja Matic dari Chelsea.

Herrera mungkin akan diturunkan menentang Liverpool di Anfield Sabtu ini kerana Paul Pogba dan Marouane Fellaini mengalami kecederaan.

Mata baru-baru ini bercakap tentang posisi terbaik beliau dan di mana beliau mahu bermain untuk Manchester United.

“Saya boleh kata ia di posisi tengah (serangan),” kata beliau.

“Tetapi, sudah tentu saya kini lebih bermain di sayap kanan, apabila saya cuba masuk ke bahagian tengah, saya membuka ruang kepada rakan-rakan.

“Kebebasan ini membolehka­n saya sentiasa mendapatka­n bola dan di situlah saya berasa lebih selesa.

“Saya menganggap diri saya sebagai pemain tengah serangan, cuba mencari ruang di antara pemain tengah dan pertahanan lawan dan mencari umpanan untuk menghasilk­an gol.” — Reuters

 ??  ?? MATA
MATA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia