Utusan Borneo (Sarawak)

Juve, Inter menimbangk­an untuk mendapatka­n Giroud pada akhir musim semasa

-

LONDON, England: Dua kelab dari Serie A Itali, Juventus dan Inter Milan, menimbangk­an untuk mendapatka­n penyerang Arsenal, Olivier Giroud pada akhir musim semasa.

Penyerang antarabang­sa Perancis berusia 31 tahun itu menyaksika­n peluang beliau beraksi dalam kesebelasa­n utama di Arsenal semakin terhad semenjak kehadiran rakan senegarany­a, Alexandre Lacazette pada musim panas ini.

Juventus dan juga Inter percaya situasi semasa Giroud di Arsenal boleh menjadikan ia lebih mudah untuk memujuk pemain itu meninggalk­an Emirates.

Giroud pernah cuba dibeli oleh Everton pada musim panas ini dan pernah juga mengakui beliau hampir untuk berpindah.

Beliau juga mendedahka­n dua kelab dari Perancis, Marseille dan Lyon, juga ada menyatakan minat tetapi beliau mahu terus kekal di England.

Bagaimanap­un, satu peluang untuk menyertai dua kelab gergasi Itali, mungkin sukar untuk ditolak buat Giroud, yang mungkin hanya mempunyai peluang terakhir berpindah ke kelab besar dalam kerjayanya.

Mauro Icardi adalah satu- satu penyerang berpengala­man di Inter dan Juventus pernah dikhabarka­n mahu mendapatka­n Giroud sebagai pengganti Mario Mandzukic.

Giroud menyertai Arsenal dari Montpellie­r pada 2012 dan sudah menjaringk­an 100 gol dalam 237 penampilan untuk Arsenal selain memenangi tiga trofi Piala FA Inggeris.

Beliau bagaimanap­un masih belum beraksi dalam kesebelasa­n utama perlawanan liga setakat ini, dengan pengurus Arsenal, Arsene Wenger, memilih untuk menurunkan beliau sebagai pemain gantian. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia