Utusan Borneo (Sarawak)

Monaco kunjungi Lyon tanpa kelibat Falcao

Skuad Jardim itu mahu terus berikan tekanan ke atas pendahulu Ligue 1 Perancis, PSG

-

Beliau bermain semalam (Rabu), dan kemudian beliau perlu mengharung­i perjalanan jauh untuk kembali ke sini (Monaco). Leonardo Jardim Jurulatih Monaco

membunuhny­a. Beliau tidak akan bermain. Apa yang pasti, keadaan fizikal beliau tidak membenarka­n beliau bermain dua perlawanan dalam tempoh 48 jam.”

Falcao akan beraksi di Piala Dunia buat kali pertama selepas Colombia seri 1- 1 dengan Peru.

“Beliau selayaknya beraksi di Piala Dunia, beliau seorang pemain hebat dengan kualiti tinggi,” tambah Jardim.

“Saya mahu mengucapka­n tahniah kepada beliau di atas kelayakan ke Piala Dunia tetapi pengurusan saya untuk Falcao tidak berubah. Saya akan melakukan segalagala­nya untuk mengekalka­n beliau di tahap terbaik.”

Walaupun gol awal Falcao, Monaco jauh dari tahap terbaik mereka ketika perlawanan menentang Montpellie­r dan harus bangkit semula dengan Guido Carrillo akan mengetuai jentera serangan.

Lyon juga bergelut sejak beberapa minggu selepas permulaan memberangs­angkan dan masih tanpa kemenangan dari tiga perlawanan terakhir, termasuk seri 3- 3 dengan Angers dan Dijon.

Skuad kendalian Bruno Genesio itu akan beraksi tanpa pemain pertahanan tengah, Marcelo selepas dibuang padang ketika menentang Angers.

PSG akan bertandang ke kelab bawahan, Dijon pada perlawanan hari Sabtu dengan penyerang Kylian Mbappe dan Edinson Cavani masingmasi­ng membantu negara mereka – Perancis dan Uruguay – layak ke Piala Dunia 2018.

Neymar gagal menjaringk­an sebarang gol pada dua perlawanan terakhir Brazil dalam kempen kelayakan Piala Dunia, jadi beliau pastinya terdesak untuk menebus kekecewaan apabila menentang Dijon, yang sudah bolos 17 gol dalam liga musim ini.

Mbappe dimasukkan dari bangku simpanan ketika Perancis menewaskan Belarus 21 untuk menempah tempat ke Piala Dunia 2018 sementara Cavani ada menjaringk­an gol ketika Uruguay menewaskan Bolivia 4-2.

PSG mungkin mempunyai satu perhatian untuk perlawanan Liga Juara-Juara menentang Anderlecht di Brussels pada hari Rabu tetapi mereka dijangka tidak mempunyai masalah mengekalka­n rekod tanpa kalah dalam semua pertanding­an.

PSG masih bersemanga­t selepas membelasah Bordeaux, yang belum tewas sebelum itu, 6-2 dua minggu lepas.

Pada perlawanan lain, Lille akan menanti Troyes dan memburu kemenangan pertama selepas menang pada hari pertama musim baharu sementara Nantes akan mempertaha­nkan rekod tujuh perlawanan tanpa kalah di Bordeaux dan Marseille akan memburu kemenangan keempat berturut-turut apabila menentang pendatang baharu liga, Strasbourg. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? LINCAH: Falcao (dua kanan) diasak hebat oleh dua pemain pertahanan Peru ketika bersaing pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 di Lima, Peru pada 10 Oktober lepas.
— Gambar AFP LINCAH: Falcao (dua kanan) diasak hebat oleh dua pemain pertahanan Peru ketika bersaing pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 di Lima, Peru pada 10 Oktober lepas.
 ??  ?? SCHOLES
SCHOLES

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia